Wednesday, August 28, 2013

Cara Buat Orang Rasa Happy Dengan Kita


Pernah tak anda dengar orang yang sentiasa merungut. Sentiasa komplen orang ni tak best, orang tu tak best. Sentiasa komplen kenapa syarikat ni, macam ni. Kenapa syarikat tu macam tu.

Memang tak salah kalau kita komplen. Tapi biarlah bertempat.

Sebenarnya….orang yang selalu komplen ni, memang ada masalah dalam diri dia. Yelah….kalau dia dok komplen semua orang tak best, macam mana tu. Dia rasa, diri dia sendirilah yang paling best. Orang lain semua tak best.

Bila dia rasa orang lain tak best, so takde orang yang akan rasa best bila bersama dia.

Cara nak buat orang rasa gembira bila bersama kita adalah, buat dia rasa gembira dulu. Buat dia rasa kita ni, interested sangat dengan dia. Puji dia. Tapi puji biarlah ikhlas. Janganlah muka tak hensem tapi kita puji dia hensem. Memang dia kecik hati.

Puji lah, senyum dia manis ke, baju dia cantik ke. Puji benda yang betul. Macam orang bercinta. Bila selalu kena puji kan, makin bertambah sayang.


Perlukah Kita Menghormati Masa Orang Lain?


Pada saya memang perlu. Kita memang perlu menghormati masa orang lain.

Contohnya kalau kita dah buat janji nak jumpa seseorang, kita kena datang tepat pada masanya. Kalau tak boleh datang disebabkan jalan jem ataupun ada hal yang tak dapat dielakkan tolong beritahu melalui telefon ataupun sms.

Jangan buatkan orang lain tertunggu-tunggu kedatangan kita. Kita kena fikirkan perasaan dia. Kena fikirkan masa yang telah dia habiskan untuk menunggu kedatangan kita.

Saya pernah menunggu seseorang yang berjanji untuk menemui saya. Disebabkan saya dah berjanji dengan dia, saya pun tak pegi mana2 dan menunggu kedatangannya di rumah. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. 

Pukul 10 malam saya antar sms bertanya, jadi datang atau tak?. Dia tak reply sms. Sampai pukul 12 malam saya tunggu. At the end dia memang tak datang tanpa bagitau saya melalui sms ataupun telefon.

Tapi saya pun taklah habiskan masa menunggu dia je. Sambil menunggu tu saya buat artikel, balas email, isi borang, temankan anak buat homework. Jadi taklah rasa kecewa sangat.

Tapi cuba kita bayangkan, kalau orang yang menunggu tu betul-betul tunggu sampai terpaksa batalkan apointment lain. Tak ke kesian.

Dah lah masa habis terbuang dengan menunggu, pastu terpaksa batalkan appointment lain.
Macam mana nak berjaya kalau kita tak hormat dengan orang lain. Kalau kita tak hormat orang lain, macam mana orang lain nak hormat kita.

Kesimpulannya, kalau dah berjanji kenalah tepati janji. Kalau tak dapat datang, tolonglah bagitau. Sama ada sms ataupun telefon. Bila kita hormat orang, pasti orang akan hormat dengan kita.

Saya pun pernah mungkir janji jugak. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk bagitau kalau saya tak boleh datang.

Semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang menepati janji.

The Power of Dream

Malam ni, saje nak buat artikel tentang pengasas HONDA. Setelah melakukan pencarian di google, akhirnya dapat jugak. Sebenarnya banyak sangat artikel tentang pengasas HONDA ni. Tapi saya ambil yang ni je. Artikel ni, saya copy dari utusan malaysia online. Sangat memberikan inspirasi.
SOICHIRO HONDA
BELIAU yang dilahirkan di Hamamatsu, Jepun pada 1906 ialah pengasas Honda Motor Company Limited.
Beliau menghabiskan zaman kanak-kanak dengan membantu bapanya yang membuka bengkel membaiki basikal.
Pada usia 15 tahun tanpa sebarang pendidikan formal beliau berhijrah ke Tokyo untuk belajar sambil bekerja selama enam tahun sebagai mekanik kereta sebelum kembali ke kampung halaman untuk membuka perniagaan membaiki kereta sendiri pada usia 22 tahun.
Pada umur 31 tahun, beliau mula mereka bentuk gelang omboh untuk digunakan di dalam enjin kecil dengan niat untuk menjualnya kepada syarikat Toyota.
Reka bentuk itu kemudiannya ditolak oleh Toyota sehingga menyebabkan beliau terpaksa menghasilkan reka bentuk baru. Beliau mengikuti kelas kejuruteraan secara sambilan bagi mendapat idea-idea baru untuk menghasilkan gelang omboh itu.
Dana yang digunakan bagi membiayai pengajiannya dan membuat reka bentuk baru adalah hasil daripada wang gadaian barangan kemas milik isterinya, Sachi Honda.
Setelah berusaha selama dua tahun, beliau akhirnya memenangi kontrak untuk menghasilkan gelang omboh untuk Toyota.
Bagaimanapun syarikat pengeluar gelang omboh itu musnah dalam satu kejadian gempa bumi. Berikutan kekurangan dana, syarikat itu terpaksa dijual kepada Toyota.
Beliau kemudiannya bangkit kembali dengan menubuhkan Institut Penyelidikan Teknikal Honda yang berperanan mereka bentuk enjin motosikal.
Pada 1948, ketika berusia 42 tahun, beliau secara rasmi menubuhkan Honda Motor Company Limited dengan memegang jawatan Presiden. Produk pertama yang dihasilkan adalah motosikal Honda Cub.
Sejak itu, perniagaan syarikat itu berkembang pesat dengan pendapatan berbilion dolar. Pada 1964, syarikat itu menjadi pengeluar terbesar motosikal dunia mengatasi syarikat Triumph dan Harley-Davidson.
Pada 1963, syarikat itu telah mengeluarkan trak kecil T360 dan kereta sport S500.
Soichiro bersara pada 1973 ketika berusia 67 tahun. Bagaimanapun, sehingga akhir hayat, nasihat beliau sentiasa diberi perhatian oleh pihak pengurusan syarikat.
Selepas bersara, beliau memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan menerusi Yayasan Honda. Beliau dan isteri, Sachi turut menghabiskan masa lapang dengan memandu kapal terbang, bermain ski dan mengembara dengan belon udara panas.
Beliau yang diiktiraf sebagai ‘Henry Ford Jepun’ meninggal dunia pada 1991 ketika berusia 84 tahun.
Gelang omboh adalah piston.
Kesimpulannya :
>Sebelum berjaya membuka syarikat sendiri, beliau pernah di tolak oleh syarikat toyota.
>gempa bumi telah memusnahkan kilangnya tapi dia tak putus asa dan membuka kilang lagi.
>walaupun belajar tak tinggi, tapi beliau boleh berjaya. 
Jadi, kejayaan memang milik orang yang berusaha tanpa mengenal erti putus asa.

6 Tips Kejayaan Bisnes

Artikel ini saya ambil dari blog majalahniaga.com.
Saya setuju sangat dengan apa yang di tulis dalam artikel ini. Untuk berjaya dalam bisnes kita memang tidak boleh mengharapkan orang lain untuk sentiasa menolong kita.
Kita kena berusaha untuk memajukan diri kita sendiri.
  1. Usah mengharap orang memberi ilmu, sebaliknya kita sendiri perlu kerja keras mencari dan mendapatkan ilmu.
  2. Usah mengharap orang menyediakan semuanya, sebaliknya kita sendiri perlu kerja keras mendapatkannya.
  3. Usah berfikir mahu copy paste hasil kerja orang berjaya, sebaliknya usaha dan kegigihan orang berjaya itu yang perlu kita copy paste dalam diri.
  4. Usah harap orang menyuap, kita sendiri belajar cari makanan di dapur dan suap ke mulut.
  5. Usah harap orang berikan ikan, kita sendiri beli joran dan mata kail, dan pancinglah ikan untuk dimakan.
  6. Usah duduk mengharap malaikat membawa turun syurga ke rumah kita, sebaliknya kita yang perlu berusaha dan kerja keras sehingga Tuhan perkenankan para malaikat mengangkat kita ke syurga.
“Bekerjalah kamu untuk duniamu seakan kamu hidup selamanya, dan bekerjalah kamu untuk akhiratmu seakan kamu mati esok hari” [Abdullah bin Umar Al-Khattab]
Mudah-mudahan dengan kegigihan dan kerja keras, bisnes Tuan Puan akan menjadi lebih sukses, malah suksesnya membawa hingga ke sorga.

Di Saat Aku Mencintaimu

Bila dengar lagu "Di Saat Aku Mencintaimu" nyanyian kumpulan Dadali, rasa suka sangat. Melodinya sangat menyentuh kalbu. Tiba-tiba rasa jiwang pulak.
Saya suka sangat dengar lagu ni. Tapi lirik lagu ni, takde kena mengena dengan diri saya ye, sebab saya tak putus cinta pun. :)
Saya dengar lagu ni, di televisyen Indonesia. Saya kan tinggal di Johor, jadi boleh dapat siaran Indonesia dan juga Singapore. Tak payah guna Astro. Yang ada ni pun tak sempat nak tengok semua.
Mula-mula dengar, terus jatuh hati. Saya fikir, lagu ni memang bakal meletop. Dan sangkaan saya memang tepat. Di Malaysia, lagu ni jadi soundtrack untuk drama Dingin Lavenda.
Hari ni, masa baca Kosmo Online ada pulak cerita mengenai kumpulan Dadali. Rupa-rupanya, mereka berjaya bukan dengan sekelip mata.
Sebelum meletop dengan lagu Di Saat Aku Mencintaimu, mereka banyak kali di tolak oleh syarikat rakaman. Berulang alik dari Bogor ke Jakarta, sehingga kehabisan duit dan terpaksa tidur di kaki lima pusat beli belah.
Memang benar....... sebelum berjaya setiap orang pasti akan mengalami banyak kegagalan.
Disebalik kisah orang berjaya, pasti ada kisah kegagalan. Kejayaan bukan datang dalam sekelip mata. Jom baca kisah mereka. Mungkin boleh dapat inspirasi.


BAND berasal dari Bogor, Indonesia, Dadali yang cukup popular dengan single pertama mereka Di Saat Aku Mencintaimu, mengakui pernah hidup susah sebelum mereka mengecapi populariti seperti hari ini.
Band yang mempunyai enam orang ahli iaitu Dyrga (vokalis), Fadel (bass), Rickarjd (gitar), Yuda (gitar), Oq (dram) dan Rix (keyboard) ketika ditemui pada majlis pelancaran album mereka yang berjudul Di Saat Aku Mencintaimu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini mengatakan, mereka tidak pernah menyangka akan segera popular hanya dengan sebuah lagu sahaja.
Pengalaman ditolak oleh banyak syarikat rakaman sehingga kehabisan wang dan terpaksa hidup bergelandangan selama beberapa hari di kota Jakarta masih segar dalam ingatan setiap ahli band Dadali.
"Kami pernah ditolak oleh beberapa penerbit syarikat rakaman yang memandang kami hanya dengan sebelah mata. Sungguhpun begitu, kami tidak berputus asa dan tetap mahu memperjuangkan muzik kami dengan memberi rakaman demo kepada setiap syarikat rakaman yang ada di Jakarta.
"Bayangkan sahaja perjalanan kami dari Bogor sangat jauh, kemudian ditolak oleh penerbit dan pernah suatu ketika kami kehabisan wang. Cuma yang ada dalam poket RM2 (RP 5,000) sahaja.
"Kami hanya mampu membeli sekeping roti untuk dikongsi berenam. Tidur di tepi kaki lima pusat beli-belah dan akhirnya kami sampai di syarikat rakaman Nagaswara," ujar vokalisnya, Dyrga.
Bagaimanapun kata Dyrga, saat pertama kali bertemu dengan penerbit di syarikat rakaman Nagaswara untuk memberi rakaman demo, sekali lagi kehadiran mereka tidak diendahkan.
"Ketika itu, sudah habis wang dan badan letih, tetapi saya tetap memaksa untuk mereka menyimpan rakaman demo yang kami bikin. Ketika perjalanan pulang, kami mendapat khabar gembira dan mereka meminta kami datang ke Jakarta untuk memperbaiki muzik kami," luah Dyrga lagi mengenai rentetan perjalanan muzik band Dadali.
Selepas berjaya mendapat kontrak dengan syarikat rakaman Nagaswara, sekali lagi mereka diuji apabila penerbit mengatakan tiada lagu yang benar-benar kuat untuk album pertama mereka.
"Ketika itu sudah ada sembilan buah lagu dan lagu Di Saat Aku Mencintaimu dicipta yang terakhir sekali oleh Yuda yang kebetulan waktu itu sedang bersedih kerana putus cinta.
"Dia mahu menjual lagu itu kepada Melly Goeslaw dan saya kata kepadanya, lagu ini sedap kenapa mahu jual. Lebih baik digunakan untuk album kami sendiri. Jadi kami bersama-sama perbaiki lagu itu dan apabila diperdengarkan kepada penerbit, terus dipromosikan lagu itu," cerita Dyrga.
Berkat inspirasi putus cinta itu, lagu tersebut telah dijadikan lagu runut bunyi lebih 10 buah sinetron di Indonesia dan juga Malaysia menerusi drama Dingin Lavenda.
Lebih menarik lagu single pertama Dadali itu telah dimuat turun sebanyak 800,000 di Malaysia sahaja, manakala muzik video lagu Di Saat Aku Mencintaimu pula telah ditonton lebih daripada dua juta penonton di laman perkongsian video, Youtube.
"Semuanya berlaku tanpa dirancang. Waktu itu kami baru sahaja selesai penggambaran muzik video lagu Di Saat Aku Mencintaimu.
"Selepas video muzik itu siap, kami ingin menontonnya dan penerbit menghantar video itu di Youtube kerana susah untuk kami berulang-alik antara Bogor dan Jakarta. Kami merupakan orang kedua yang menonton video itu.
"Setelah itu, kami tidak kisah tentang video di YouTube, tahu-tahu sahaja video itu sudah ditonton oleh ramai orang. Memang kami sangat terkejut kerana tidak sangka sambutannya begitu menggalakkan," luah Dyrga sambil dipersetujui oleh anggota Dadali yang lain.
Kesukaran hidup yang pernah dilalui menjadikan mereka lebih matang dan berpijak di bumi yang nyata meskipun nama mereka semakin hari semakin bersinar di Indonesia dan juga Malaysia.
"Prinsip band Dadali, ketika kami di atas pentas, kami adalah artis tetapi apabila berada di bawah pentas, kami adalah orang biasa yang menjalani kehidupan yang sama seperti sebelum kami dikenali ramai," kata Yuda, 33, yang merupakan anggota tertua band Dadali.
Dyrga bukan Ariel Peterpan
Jika didengar dengan teliti lontaran vokal Dyrga ternyata vokalnya itu kedengaran serupa dengan vokal milik vokalis band Peterpan, Ariel yang kini berada di dalam penjara atas kesalahan menyebarkan video lucah.
Perkara itu turut diakui oleh ramai pihak termasuklah penerbit band Peterpan sendiri sehingga pernah menawarkan Dyrga untuk menggantikan posisi Ariel dalam konsert jelajah Peterpan di Indonesia.
Semuanya terjadi apabila band Dadali diminta oleh penerbit program Inbox untuk menyanyikan lagu Peterpan, Mungkin Nanti dengan alasan peminat sudah lama merindui Ariel Peterpan.
"Sekali itu sahaja saya menyanyikan lagu Peterpan, terus orang mengatakan suara saya mirip Ariel dan penerbit Peterpan turut menawarkan saya untuk menggantikan tempat Ariel pada konsert jelajah mereka.
"Penerbit saya tolak tawaran itu, begitu juga saya kerana saya tidak mahu kehadiran saya di dalam industri muzik dibayangi oleh Ariel Peterpan. Saya lebih selesa jika saya dikenali dengan band Dadali sahaja," balas Dyrga.
Disoal adakah Dyrga sengaja menyanyikan lagu mengikut lenggok suara Ariel, jawabnya: "Saya sebenarnya sedih disamakan dengan Ariel. Macam mana saya mahu buat kerana sudah suara saya begini, bukan sengaja mahu ada suara sepertinya. Dalam dunia memang ada tujuh orang yang sama, mungkin salah satu daripada tujuh orang itu adalah saya."
Menurut Dyrga lagi, band Dadali tidak memerlukan hasil ciptaan orang lain kerana mereka berenam berkebolehan dalam penciptaan lagu selain untuk mengekalkan identiti band Dadali.


Pengalaman Pertama

Hari ni saya nak cerita pengalaman pertama saya kena "basuh" dengan prospek. Sewaktu mula-mula menjadi perunding unit amanah, saya pernah berjumpa dengan seorang ahlli perniagaan. Saya datang tanpa membuat temujanji dan terus mengajak beliau untuk melabur.

Sebagai seorang yang  masih baru, saya boleh dikatakan agak berani juga. Walaupun ilmu belum penuh di dada, saya dengan penuh keyakinan berjumpa dengan ahli perniagaan itu tanpa membuat temu janji.

Hasilnya......saya di basuh cukup-cukup. Memandangkan saya masih baru lagi, memang tak boleh nak cakap apa. Diam saja. Itulah, siapa suruh berani sangat. :)

Tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan. Beberapa bulan selepas kejadian itu, saya berjumpa lagi dengan prospek garang. Beliau merupakan seorang pengarah cawangan di salah satu bank terkemuka di Malaysia. Dan saya kena basuh lagi. Kali ini lebih teruk dari yang pertama.

Tapi kali ini, saya sudah ada sedikit keberanian menjawab hujah-hujahnya. Jadi, taklah rasa sedih sangat.

Setahun selepas kejadian itu, saya berjumpa lagi dengan prospek garang yang merupakan seorang yang berpangkat Dato'. Dan saya kena basuh lagi. Tapi kali ini, saya memang sudah cukup berani untuk menghadapi orang garang.

Memang saya kena basuh, tapi saya pun boleh menjawab setiap pertanyaan dan ketidakpuasan hati prospek ini. Sehingga pada satu tahap kami sama-sama terdiam kemudian sama-sama ketawa.

Itu adalah antara pengalaman-pengalaman pahit yang pernah saya alami selama menjadi perunding unit amanah. Pengalaman pahit tetapi indah untuk di kenang.

Nanti saya akan cerita pengalaman manis pula.

Hari-Hari Open House

Setelah puas berhari raya di kampung, kini beraya di bandar pula. Beraya di bandar agak berbeza dengan beraya di kampung.

Memandangkan kebanyakan orang yang tinggal di bandar adalah bekerja, maka kesempatan beraya adalah pada waktu malam. Itu pun tengok juga, kalau ada rumah jiran yang pintunya terbuka barulah beraya. Kalau pintu tutup je, memang tak payahlah.

Musim raya adalah musim open house. Bila dah open house, maknanya adalah makan dan makan dan makan lagi. Orang buat open house biasanya pada hujung minggu. Supaya senang kawan-kawan nak datang.

Sabtu minggu lepas, saya ada 3 jemputan open house. Hari ahad pula ada dua jemputan. Taklah banyak sangat, masih boleh di layan. hahaha.....

Kawan saya menerima 6 jemputan open house dalam sehari. Banyak tu. Tapi, dia cakap memang tak dapat nak hadir semua. Tak sempat.

Bila dah beraya ke rumah kawan-kawan, kawan pula tanya bila saya nak buat open house. Saya pun jawab dengan jujur bahawa saya buat open house setiap hari. Pintu rumah saya setiap hari terbuka menerima kedatangan tetamu.

Dah nama raya kan......datang je lah.

Mengejar Mimpi

The Power Of Dream

Ayat di atas rasanya sudah biasa kita lihat dan baca. Saya pasti jika melihat ayat ini kita terus terbayangkan kereta Honda. The power of dream dengan kata lain kuasa impian.

Setiap manusia mempunyai impian atau pun angan-angan. Pernah tak anda mendengar, jika kita boleh mengimpikannya kita pasti boleh mendapatkannya. Ye, jika kita boleh mengimpikan mempunyai rumah besar, kita pasti boleh mendapatkannya.

Jadi, jangan takut untuk berimpian. Cuba tanya diri kita, apakah impian kita. Pernahkan kita membayangkan seolah-olah impian itu sudah dapat di capai?

Kuasa Impian

Orang tua dulu selalu menyebut jangan berkhayal terlalu tinggi. Nanti kalau jatuh sakit. Ini menjadikan sebahagian anak-anak takut untuk mempunyai impian. Ini berlaku pada suami saya sendiri.

Seperti juga halnya dengan orang tua selalu menyebut, "belajar pandai-pandai. Nanti dah besar boleh kerja kerajaan".

Apabila ayat ini selalu di tanamkan di kepala anak-anak, maka membesarlah anak dengan cita-cita nak kerja kerajaan. Bukan saya kata kerja kerajaan tak bagus. Tapi kalau semua orang nak kerja kerajaan, siapa pula yang nak menjadi peniaga.

Apabila dari kecil sudah tertanam di minda bahawa bila besar nanti nak kerja kerajaan, maka anak tidak terlintas untuk mempunyai mimpi menjadi usahawan berjaya ataupun jutawan muda.


Impian Masa Kecil

Sewaktu kecil saya mempunyai banyak cita-cita. Antara cita-cita saya adalah menjadi cikgu. Bila dah besar cita-cita saya berubah. Saya bercita-cita menjadi business woman. Mungkin disebabkan ayah saya adalah seorang peniaga, maka ianya turut mempengaruhi cita-cita saya.

Berkat impian masa kecil, saya pernah menjadi cikgu. Walaupun hanya cikgu tadika dan cikgu mengaji. :)

Saya juga benar-benar mencapai impian saya menjadi business woman dengan menjadi penjual kuih-muih. Walaupun belum mencapai tahap jutawan, setidaknya saya berjaya mencapai impian masa kecil saya. Inilah impak dari impian masa kecil. Begitu hebatnya kuasa impian.

Kenapa saya belum jadi jutawan?. Ini adalah kesalahan saya. Kerana masa kecil dulu, saya tak pernah bercita-cita menjadi seorang jutawan. Bahkan saya pun tak tau apa makna jutawan. Kasihan sungguh.....

Impian Ketika Dewasa

Setelah dewasa, saya masih meneruskan impian saya. Tetapi kali ini, impian saya berubah. Selepas berjaya menjadi peniaga kuih muih, saya mempunyai impian lain.

Saya berangan, saya nak bekerja yang setiap hari berjumpa orang. Berbual-bual sekejap, kemudian dapat duit. Dengan kata lain, kerja yang cakap-cakap sekejap lepas tu dapat duit.

Saya hanya bermimpi. Saya tidak tahu pun, memang ada kerja yang cakap sekejap lepas tu dapat duit. Maklumlah suri rumah jual kuih, fikiran pun belum terbuka lagi.

Dua tahun selepas saya berimpian, saya benar-benar mencapai impian saya untuk bekerja berjumpa orang, cakap sekejap. Kemudian dapat duit. Rasa macam tak percaya. Rupanya memang ada kerja macam ini. Hahahaha....... Lucu sungguh bila ingat kembali waktu itu.

Ye, saya benar-benar mencapai impian saya. Saya telah menjadi perunding unit amanah. Sebagai seorang perunding unit amanah, kerja saya adalah membuat temujanji dan kemudian bertemu dengan prospek. Seterusnya, menerangkan tentang pelaburan unit amanah. Dan akhir sekali close sale. Itulah impian saya. Jumpa orang, cakap-cakap sekejap kemudian dapat duit.

Memanglah tak terus dapat duit komisyen tapi saya dah tau, berapa duit yang saya akan dapat. Memang seronok.

Masih Berimpian

Memandangkan saya mempunyai sedikit ilmu membuat blog, rasanya tak salah jika saya mempunyai impian untuk menjadi seorang cikgu buat blog.

Dan kini saya berimpian untuk menjadi tenaga pengajar secara online. Saya berangan pada awal bulan puasa. Pertengahan bulan puasa saya berkenalan dengan Puan Zaila Mohamad dan Puan Masayu Ahmad.

Rupanya mereka berdua telah dikirimkan Allah untuk menjadi perantara untuk memudahkan saya mencapai impian saya.

Sekarang saya masih dalam proses saringan untuk menjadi guru online. Semuga Allah memudahkan semua urusan saya.


Jangan Takut

Jadi, kepada pembaca semua jangan takut untuk berimpian. Dari impian akan menjadi kenyataan. Dan ketika mimpi menjadi nyata, ianya sangat indah dan tidak dapat di lafazkan dengan kata-kata.

Kepada para ibu juga, bantulah anak untuk membentuk impian. Bantu mereka membentuk impian yang indah. Impian yang dapat memberikan manfaat kepada orang di sekeliling mereka. Impian yang dapat membantu mereka menjadi jutawan di dunia juga di akhirat.

Tugas kita sebagai ibu adalah menjaga dan memberikan pendidikan yang baik agar mereka mudah mencapai cita-cita mereka. Tidak perlu memaksakan kehendak kita pada anak. Mereka berhak membuat pilihan sendiri.

Kita sebagai ibu harus memastikan mereka berada di landasan yang betul untuk memudahkan mereka menggapai impian.

Tuesday, August 27, 2013

Maaf?


Saya pernah terbaca satu artikel, salah satu tips untuk bahagia dan gembira adalah penuhkan hati dengan kemaafan.

Tetapi sebagai manusia biasa, boleh ke kita sentiasa berbesar hati untuk memaafkan kesalahan orang lain?. Tentu lah boleh.

Suatu masa dulu, sebelum saya berjaya merubah diri saya menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif, saya pernah merasa sangat marah dan tidak puas hati pada seorang kawan.

Setiap hari saya asyik memikirkan kesalahan yang dia buat pada saya. Saya asyik memikirkan kenapa sampai hati dia menyakitkan hati saya. Tak boleh nampak muka dia. Kalau nampak muka dia, rasa geram yang teramat sangat.

Nak tau apa yang saya dapat?. Saya malas nak keluar rumah. Sebab kalau keluar rumah nampak muka dia. Pergi kedai nampak muka dia. Saya jadi malas nak buat apa-apa sebab asyik memikirkan kesalahan-kesalahan yang dia lakukan.

Tapi dia ok je. Saya tengok dia macam biasa je. Tak de apa yang berubah. Malah semakin bertambah maju. Sebab, dia tak kesah pun. Saya yang dok melayan perasaan.

Semakin lama saya merasakan betapa kurang cerdiknya saya kerana, memikirkan masalah yang tak akan pernah ada habisnya. Sebuah dendam dan kemarahan tidak akan hilang, jika kita sendiri tidak dengan ikhlas dan rela hati membuangnya dari lubuk hati yang paling dalam. 

Alhamdulillah, sekarang ni saya rasa ok je kalau jumpa dia. Boleh berbual dan beramah mesra. Dah tak ada rasa marah dan benci. Dan yang penting adalah, saya lebih bahagia dan lebih berjaya daripada dia.

Ternyata memang benar, jika kita sentiasa penuhkan hati kita dengan kemaafan, jiwa kita akan menjadi tenang dan hidup kita lebih bahagia. Kadang-kadang orang yang tak suka dengan kita ni, saje nak cari pasal. Saje nak buat kita marah, sebab bila kita marah kita akan menjadi tidak produktif. Bila kita tak produktif, dia yang untung. Sebab dia berjaya mengalahkan kita.

Tapi kalau kita buat tak kesah dan tetap meneruskan hidup macam biasa, lama-lama dia yang pening sendiri. Yelah, kalau dia tetap melancarkan serangan bertubi-tubi tetapi kita berjaya menangkisnya, at the end dia yang akan menyerah.

Yang penting kita ikhlaskan hati dan tetap berbesar hati untuk memaafkan dia. Percayalah…….ALLAH maha ADIL. Hidup hanya sekali. Terpulang pada kita sama ada nak hidup dengan gembira dan bahagia ataupun hidup dengan penuh rasa benci dan tidak puas hati. 

Bila kita sentiasa ikhlaskan hati Insya Allah, Allah akan memudahkan semua urusan kita. Amin……



Menjadi Jutawan


Semua orang ingin menjadi kaya. Semua orang ingin menjadi jutawan. Namun, jutawan seperti apakah yang kita inginkan?. Bagi orang islam yang beriman tentunya ingin menjadi jutawan di dunia dan juga di akhirat.

Bagaimana caranya untuk menjadi jutawan?. Inilah yang selalu menjadi persoalan. Jika membuat carian di google "cara nak jadi kaya", pastinya ia berada di tempat pertama atau kedua.

Sifir mudah untuk menjadi jutawan adalah, kalau kita anak jutawan kemungkinan besar kita pun akan jadi jutawan. ( Dengan mewarisi harta kekayaan). Untuk wanita pula, berkahwin dengan lelaki yang bergelar jutawan maka sang wanita pun akan menyandang gelaran jutawan.

Tapi bagaimana pula dengan orang yang bukan keturunan jutawan dan tidak berkahwin dengan jutawan?. Usah risau. Jika kita bukan keturunan jutawan dan tidak berkahwin dengan jutawan, kita masih boleh menjadi  jutawan.

Bagaimanakah Caranya?

Seperti yang kita ketahui, bukanlah mudah untuk menjadi jutawan. Ada orang menjadi jutawan dengan berniaga. Ada orang menjadi jutawan dengan MLM. Bahkan ada juga yang menjadi jutawan dengan hanya menjual peta negara Malaysia, seperti yang di alami Irfan Khairi.

Jika anda sedang menjalankan perniagaan, dengan berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah Insya Allah, anda bakal menjadi jutawan. Mungkin ada yang akan berkata, "kalau berniaga besar boleh lah jadi jutawan. berniaga kecil-kecilan mana boleh".

Atau mungkin juga ada yang berkata, "kalau setakat kerja makan gaji, jadi suri rumah mana mungkin boleh menjadi jutawan".

Ye betul, kalau di fikir logik memang tidak mungkin. Menjadi suri rumah, dari mana datangnya duit berjuta-juta.

Seorang suri rumah pun boleh menjadi jutawan jika pandai merancang kewangan. Caranya adalah menyimpan sejumlah wang di dalam unit amanah. Tahukah anda, unit amanah adalah salah satu tempat menyimpan wang yang dapat memberikan pulangan berganda?

Sabar

Unit amanah telah terbukti memberikan pulangan yang tinggi jika kita menyimpan untuk satu tempoh yang lama. Dengan kata lain jika anda ingin menyimpan di dalam unit amanah, anda haruslah mempunyai sifat sabar.

Jika anda menginginkan wang anda berganda hanya dalam masa satu malam atau satu bulan, lupakan saja pelaburan unit amanah. Ianya tidak sesuai untuk anda.

Di Malaysia terdapat banyak syarikat unit amanah. Anda boleh memilih untuk melabur di dalam dana konvensional ataupun yang patuh syariah.

Bagaimana memilih syarikat unit amanah yang terbaik

Disebabkan banyaknya syarikat unit amanah yang ada di Malaysia, kita tidak tau atau bahkan keliru untuk memilih mana satu syarikat yang baik dan boleh di percayai. Keliru kerana, masing-masing mengatakan bahawa mereka adalah no.1.

Salah satu cara memilih syarikat unit amanah yang boleh di percayai adalah daripada banyaknya anugerah yang di menangi syarikat tersebut. Di Malaysia anugerah The Edge Lipper adalah anugerah yang di iktiraf untuk syarikat pelaburan.

Anda juga boleh memilih syarikat unit trust melalui tahap kemashurannya. Dengan kata lain syarikat yang lebih di kenali orang ramai kerana berjaya memberikan pulangan yang banyak.

Memilih syarikat unit amanah tidak ubahnya seperti memilih pemaju perumahan untuk membeli sebuah rumah. Jika kita ingin membeli rumah, sudah tentu kita akan memilih pemaju yang terkenal dan sudah terbukti dapat membuat rumah yang berkualiti dan siap tepat pada masa yang telah di tetapkan.

Tidak mungkin kita akan membeli rumah daripada pemaju yang tidak di kenali. Mungkin kita akan berasa sangsi. Begitu juga jika kita ingin melabur dalam unit trust. Pastikan kita melabur dengan syarikat yang kukuh dan telah terbukti dapat memberikan pulangan yang tinggi.

Kambing Masak Madu

Dua hari lepas saya masak kambing masak madu. Sebenarnya, kawan saya dah lama mengidam nak makan lauk ni. Dia tunggu dua tahun untuk dapat menikmati kambing masak madu air tangan saya.

Pertama kali dia makan masa datang kenduri rumah saya. Masa tu, saya buat kenduri akikah anak saudara saya. Dan kambing akikah tu saya masak madu. 

Sampai sekarang kawan saya tu, masih teringat kelazatan masakan kambing masak madu ni. Saya ni tak makan daging lembu dan daging kambing. Masak boleh lah. Jadi, tak taulah memang betul sedap atau tak. 

Oke, tak payah berceloteh panjang. Jom kita semak bahan-bahannya.

Kambing Masak Madu
Bahan-bahan:
daging kambing
bawang merah
bawang putih
halia
serai
daun pudina
daun ketumbar
cili kering/cili giling
tomato
susu cair
madu
Sos tiram
sos cili
garam,gula,ajinomoto
minyak untuk menumis
Cara membuatnya :
Rebus kambing terlebih dahulu dengan halia,kemudian buang air rebusan daging tu.
Kisar bawang merah,bawang putih,halia,serai,cili kering. Kemudian tumis dengan minyak yang telah di panaskan. Tumis hingga berbau wangi. (kalau tak wangi jangan letak minyak wangi pulak)
Pastu masukkan daun ketumbar dan daun pudina. Masukkan sos tiram, sos cili, susu cair, garam, gula, ajinomoto dan madu.
Kemudian masukkan daging kambing dan tomato. Biarkan hingga sebati. Dah siap.....

Monday, August 26, 2013

Tak Boleh Nak Puaskan Hati Semua Orang


Lumrah hidup manusia, ada yang suka ramai yang benci. Kita tak boleh paksa orang untuk suka dengan kita. Kita juga tak boleh nak puaskan hati semua orang.

Kadang – kadang kita rasa kita dah buat benda yang betul. Tapi apa yang menurut kita betul, belum tentu betul di mata orang lain. Kita cuba untuk puaskan hati semua orang tapi tetap ada orang yang tak puas hati dengan kita.

Lagi satu bila ada orang cemburu atau tak suka dengan kita, itu bermakna kita lebih baik daripada dia. Dia cemburu sebab dia tak boleh nak jadi baik macam kita.

Dia juga rasa kita ni pesaing dia. Kalau boleh, dia tak nak kita lebih dari dia. Dia nak lebih dari kita. Kalau ada ilmu baru atau peluang-peluang bisnes, dia tak akan cakap dengan kita.

Dulu, saya pernah berfikiran macam ni. Tetapi bila saya dah selalu bercampur dengan orang yang berjaya dan berfikiran positif, hilang semua pemikiran macam tu. 

Kepada yang merasa sedang bersaing dengan saya , saya do’akan anda berjaya dan semoga ALLAH mudahkan urusan anda. Saya percaya, ALLAH jadikan setiap manusia dengan kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Dan ALLAH lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya. Kita sebagai manusia hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Hidup ini hanya sementara, semua yang ada di dunia ini adalah milik ALLAH. Kehebatan dan kepandaian kita adalah pinjaman semata-mata.


Apa Yang Saya Buat Bila Saya Kena "Reject"


Sebagai seorang Consultant, saya rasa kita memang tak pernah lepas dari di “reject” orang. Bukan consultant je yang kena reject. Orang bujang pun kena reject jugak.

Orang bujang nak mengorat anak dara orang pun kena reject. Interview kerja pun kena reject. Kontraktor yang dah buat sebut harga pun kena reject. Tukang masak pun kena reject sebab customer komplen. Sape yang belum pernah kena reject?, sila angkat tangan.

Sebenarnya rejection bukanlah sesuatu yang memalukan. Rejection adalah normal. Siti Nurhaliza pun kena reject. Arwah Datuk Sosilawati pun kena reject. Rozita Ibrahim (pengasas Sendayu Tinggi) pun kena reject. Kebanyakan orang berjaya memang mengalami penolakan. Tetapi…walaupun ramai yang reject, mereka tetap boleh berjaya. Mereka boleh jadi orang hebat.

Jadi……..apa yang saya buat bila saya kena reject?. Saya menangis dalam kereta, balik rumah masuk bilik, menangis 7 hari 7 malam meratapi nasib malang yang menimpa diri.

Ish…tak lah macam tu. Bila kena reject saya akan pergi cari prospek lain. Kalau dah masuk waktu solat, saya akan pergi ke masjid atau pun surau berdekatan.

Bersangka baik. Mungkin prospek tu tak nak sebab dia ada masalah. Mungkin Allah nak temukan kita dengan prospek yang jauh lebih baik.

Lepas tu saya akan telefon klien-klien saya ataupun upline saya. Sibukkan diri. Kalau kita sibuk, tak sempat nak sedih. Percayalah….

Ataupun cuba renung kembali diri kita. Cuba kita ingat semua nikmat yang Allah dah bagi pada kita. Nikmat kesihatan, nikmat anak yang baik dan comel, nikmat rumah, nikmat kereta yang bagus……Pasti kita akan merasa sangat bersyukur walaupun kita dalam keadaan bersedih.

So……..jangan sedih-sedih ye kalau kena reject. :)


Kek Coklat Lembap (Moist Coklat Kek)


Bahan-bahannya:

4 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan chocolate powder
1 sudu teh backing powder
1 sudu teh soda bicaarbonate


Cara membuatnya….

1.Pukul gula dan  telur hingga kembang.(tepung gandum,backing powder,bicarbonate dan serbuk chocolate di campur rata.)
2.Setelah telur kembang,masukkan campuran tepung.
3.Kemudian masukkan susu pekat dan minyak jagung.
4.Last sekali masukkan air panas.Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit.Boleh juga di kukus selama 1 jam.

pesan penting!!….Kalau nak kukus,pastikan air tidak menitik atas kek .Ini untuk mengelakkan kek mendap pada bahagian tengah.Boleh juga pakai acuan yang tengahnya berlubang.

Talam Berlapis Kek




Bahan Kek

150 gram tepung optima coklat
3 biji telur
40 gram air sejuk
1 sudu teh ovalet
Cara nak buat kek:
1.Campurkan semua bahan diatas hingga gebu dan pekat(gunakan high speed).
2.Setelah gebu,masukkan 40 gram minyak masak.(boleh juga tambahkan sedikit coklat emulco).
3.Bakar dalam oven pada suhu 180′celcius.

Talam Pandan

Bahan A
750 gram air (campur air daun pandan)
100 gram tepung hoon kwee
200 gram gula pasir
sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya:

1.Campurkan semua bahan2 hingga sebati.
2.Masak aatas api sederhana.Sentiasa dikacau agar tidak berketul.
3.Bila dah pekat,tuangkan diatas kek.

Talam santan

750 gram santan
100 gram tepung hoon kwee
2 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

Sama seperti membuat lapisan pandan.Kemudian tuang diatas lapisan hijau.
Pesan;Talam kek ni…..tak perlu dikukus.Cuma bakar kek je.Pastu ,lapisan atas nya macam nak buat kuih tako.
yummy…..yummy……i like it…..

Sunday, August 25, 2013

Rezeki Kan Dalam Berbagai Bentuk


Salah satu yang saya suka masa buat roadshow adalah, sebab saya tak tau latar belakang prospek saya.

Macam semalam, dari beberapa orang yang saya tegur, salah satunya dah melabur dan ejen dia pun aktif.

Umurnya lebih kurang 47 tahun. Tapi saya tetap mintak nombor telefon jugak. Saya juga bagitau pada prospek ni, dia patut berterima kasih pada ejen dia sebab, ejen tu dah tolong jaga pelaburan dia.

Masa nak bagi brochure, dia kata tak payahlah. Kebetulan saya stapler name card pada bruchure. Tapi sebab dia tak ambik brochure tu, dia pun takde nombor telefon saya. Dia dah jalan menuju ke parking. Tiba-tiba, patah balik sebab nak mintak nombor telefon saya.

Prospek ni, kerja kat kilang nenas. Dia kata, kalau ada nenas nanti boleh bagi pada cik.

Dan pagi tadi, dia call saya. Dia cakap mcm ni, “Saya Encik yang awak jumpa semalam. Yang nama sama dengan nama ayah awak. Ismail. Cik ada kat mane hari ni. Saya nak bagi nenas.”

Syukur alhamdulillah. Walaupun saya tak close sale dengan dia, tapi sebab saya ikhlas nak membina hubungan, Allah bagi saya rezeki dalam bentuk NENAS. Nenas tu sebenarnya untuk packing dalam tin. Kalau packing dalam tin, anggaran dalam 20 tin. Banyak tuu….

Moral of the story, tak kira siapa pun yang kita jumpa kalau boleh tetaplah berbaik sangka. Tak dapat close sale pun takpe. 
Allah kan maha adil. Jangan ingat rezeki dalam bentuk duit je.

Jangan Segala Sesuatu Kerana Wang


Tak dapat di nafikan, wang memang penting. Semua benda memerlukan wang. Wang dapat memberi kebahagiaan. Tetapi kebahagiaan tidak dapat di beli dengan wang.

Kadang-kadang saya merasa sedikit kecewa apabila ada orang yang memandang segala sesuatu kerana wang.

Seorang kawan yang agak rapat dengan saya meminta resepi kuih. Sebelum ni pun dia selalu meminta resepi kuih dan saya memang bagi siap tunjuk cara buat depan mata lagi. Tanpa mengenakan sebarang bayaran. Kira dah macam kelas buat kuih lah. So, takde issue yang saya ni berkira sangat ataupun kedekut.

Tapi beberapa hari lepas, dia hantar sms macam ni. “Yati, boleh tak ajar akak buat kuih talam suji. Akak takde resepinya. Kalau tak pun akak beli resepi dengan Yati”.

Bila baca sms tu, saya rasa agak kecil hati. Selama ni saya memang tak pernah berkira dalam hal apa pun. Kalau dia sms cakap nak mintak resepi je, tanpa ada ayat nak beli resepi, saya memang tak kecik hati.

Kawan saya ni, suri rumah. Suami dia cikgu sekolah menengah. Hidupnya memang boleh dikatakan senang. Tapi, walaupun kita ni orang senang dan boleh beli segalanya…..janganlah anggap semua benda boleh settle dengan duit.

Wah….emo betul Cik Kiyah hari ni. Tapi bila pikir dari sudut positif, mungkin saya ni dah setaraf dengan chef profesional yang mengajar buat kuih, sebab tu lah dia sanggup bayar.

Hahahaha……. hidup ni kan pilihan kita. Sama ada nak fikir positif atau pun negatif terpulang pada kita.
Moral of the story, kaya macam mane pun kita…….jangan memandang segala sesuatu kerana wang.

Semua yang ada di dunia ni, hanya sementara. Kepada ALLAH kita kembali.

Talam Suji


Lapisan Bawah

4 cawan santan1 1/2 cawan tepung suji5 sudu besar gula pasir1sudu teh garamSedikit pewarna kuning

Cara Membuatnya

1.Campur semua bahan hingga sebati,kemudian masak diatas api kecil.Bila dah agak pekat tuang dalam loyang ukuran 10×10 yang sudah dialas dengan plastik.2.Kukus selama 10 minit.

Lapisan Atas

4 cawan santan1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula merah
gula pasir secukup rasa
sedikit garam
Cara membuatnya:
1.Campurkan kesemua bahan2 hingga sebati
2.Masak atas api yang kecik.
3.Bila dah agak pekat,tuangkan diatas lapisan kuning.
4.Kukus selama 20 minit.

SELAMAT MENCUBA. (kompem jadik)

Talam Serunding Daging




Lapisan Bawah

200 gram kentang(dipotong dadu+direbus+ditoskan)
600 ml santan
20 gram tepung gandum
180 gram tepung beras
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam
50 gram serunding daging

Cara membuatnya

1.Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali serunding dan kentang
2.Bila dah sebati,masukkan kentang dan serunding, masak atas api yang kecil.
3.Tuang dalam loyang 10′x10′ dan kukus selama 15 minit.

Lapisan atas

650 ml santan
2 sudu besar tepung hoon kwee
180 gram tepung gandum
100 gram gula pasir(ikut suka)
1biji telur (tak letak pun takpe)
sedikit garam dan pewarna kuning lemon.

Cara membuatnya

1.Campurkan semua bahan2 di atas.
2.Masak atas api yang kecil.
3.Kemudian tuangkan diatas lapisan bawah.
4.Kukus selama 20 minit.

Selamat mencuba…..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...