Keterujaan balik ke kampung atau percutian panjang di luar negara sempena cuti perayaan tidak terungkap dengan kata-kata.
Segala persiapan pastinya sudah siap dan beg penuh dengan pakaian juga sudah tersedia.
Kesesakan di lapangan terbang, stesen bas atau stesen kereta api dengan orang yang ramai mengundang kepada pelbagai hal terutama kehilangan beg.
Kehilangan beg ketika melancong memang sangat menyakitkan hati dan jiwa tidak tenteram boleh mengundang kemarahan.
Kehilangan beg ketika melancong memang sangat menyakitkan hati dan jiwa tidak tenteram boleh mengundang kemarahan.
Tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda?. Tip melancong minggu ini mungkin dapat membantu bagi memastikan beg anda tidak hilang.
Selain itu, beg anda juga tidak akan bercampur dengan beg dalam penerbangan lain jika berlaku kekalutan semasa proses daftar masuk.
Secara tidak langsung, anda tidak keliru mencari beg anda terutama apabila sesetengah penumpang lain mempunyai rekaan dan warna serta saiz yang sama dengan beg anda.
Tindakan tidak membuang pelekat atau tag lama itu mengundang kekeliruan, sekali gus menjadi salah satu faktor beg anda hilang.
Pastikan juga salinan kod pelekat beg anda sentiasa bersama dan tidak dibuang walaupun anda sudah berada di dalam pesawat. Ini kerana, jika berlaku kehilangan, nombor rujukan yang dilekatkan pada beg anda sangat diperlukan.
Pastikan juga anda mengingati bilangan beg yang dibawa terutama jika anda melancong bersama keluarga dan anak-anak.
No comments:
Post a Comment