Showing posts with label Amalan Menjemput Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Amalan Menjemput Rezeki. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Berbuat Baik Dan Mendoakan Ibu Bapa



sumber gambar dari google


Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita adalah berbuat baik pada orang tua dan sentiasa mendoakan mereka.

Beruntunglah kepada siapa yang masih mempunyai ibu bapa lagi. Tidak perlu bersusah payah. Hanya berbuat baik dan mendoakan mereka setiap hari. Insya Allah, Allah akan memberkati hidup kita dan melimpahkan rahmat dan nikmatnya pada kita.

Kadangkala, di tengah kesibukan mengejar dunia kita mungkin terlupa untuk mendoakan mereka. Telefon mereka untuk bertanya khabar, sudah cukup membuat sejuk hati ibu.



sumber gambar dari google

Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Redho Allah bergantung pada redho ibu bapa.

Jom kita sama-sama sentiasa mendoakan ibu bapa kita.




Saturday, September 14, 2013

Ayat Seribu Dinar

Ayat seribu dinar terkenal dengan ayat murah rezeki. Kebiasaannya para peniaga akan menggantung ayat seribu dinar di premis perniagaan mereka. 

Kerana ayat seribu dinar juga terkenal dengan nama ayat pelaris. Ayat seribu dinar juga merupakan salah satu cara mudah untuk menjemput rezeki.

Biasakan membaca ayat seribu dinar 7 kali setiap selesai solat fardhu. Insya Allah, Allah akan memberikan rezeki dari arah yang tidak kita sangka.

Beramal dengan ikhlas dan mengharap redho Allah.


Solat Dhuha


Salah satu cara agar memperoleh rezeki yang banyak adalah dengan menunaikan solat dhuha. Solat dhuha dilakukan pada waktu pagi. 

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Waktu melakukan solat dhuha adalah ketika matahari sedang naik. Anggaran dalam pukul 8.30 pagi hingga 11.30 tengahari.


Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Cara menunaikan solat dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.

Niatnya adalah

Ertinya : Sengaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

Rakaat pertama selepas Al fatihah, baca surah As-Syams atau Ad- Dhuha.
Rakaat kedua selepas Al fatihah, baca surah Al Kafirun atau Al Ikhlas.

Selepas salam terus sujud dan baca doa ini sebanyak 40 kali.

Ertinya : Berilah daku wahai yang Maha pemberi ilmu dan hikmah, dan kurniakanlah daku wahai yang Maha pengurnia, jadi mudahkanlah daku


Selepas sujud kemudian duduk dan baca tasbih 10 kali.


Kemudian baca doa ini.


Kelebihan Solat Dhuha


Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.






Friday, September 13, 2013

Syukur

Syukur juga merupakan cara menjemput rezeki. Dengan bersyukur Allah akan tambahkan nikmat.




Sudah berapa banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Sebagai hamba yang sudah merasakan manfaat dari nikmat yang Allah beri, sudah seharusnya kita wajib bersyukur.

Bersyukur dengan sentiasa membasahi bibir dengan kalimah Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah......kerana telah memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada kami.







Zikir Pembuka Pintu Rezeki

Kali ini kita kita menjemput rezeki dengan berzikir pula. Bukan susah pun nak berzikir. Yang susah adalah istiqomah.

Sambil memandu pun boleh berzikir. Sambil menunggu anak balik sekolah boleh berzikir. Sambil memasak boleh berzikir.

Selain mendapat ganjaran pahala Insya Allah, Allah akan membalas dengan rezeki yang berlimpah.

Jom kita sama-sama amalkan zikir ini.

1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
    
2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
   
3. Melazimkan BerIstighfar
   
4. Membaca Surat Al-Ikhlas
   
5. Membaca Surat Al-Waqiah
    
6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
    
7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

Semoga boleh menjadi amalan yang istiqomah. AMIN   

Thursday, September 12, 2013

Surah Al-Waqiah

Membaca surah Al-Waqiah adalah salah satu cara menjemput rezeki selain solat dhuha dan bersedekah. Surah Al-Waqiah Surah Kekayaan.
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
 .
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Jom kita jemput rezeki dengan membaca surah Al-Waqiah. Yang penting istiqomah ye.

Bersedekah

Bersedekah adalah satu amalan sunat yang sangat di tuntut dalam Islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah".

Bersedekah juga merupakan salah satu cara mudah untuk kita menjemput rezeki. Seperti sabda Rasulullah S.A.W "tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah". Dengan bersedekah Allah akan menggantikan dengan ganjaran pahala di akhirat. Selain itu, Allah juga akan menggantikan dengan rezeki yang berlipat kali ganda di dunia.



Antara kelebihan bagi orang yang bersedekah adalah :
Kebaikan di dunia
> Membersihkan harta
> Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil
> Menjauhkan diri kita dari bala dan penyakit
> Mendatangkan rasa gembira pada fakir miskin
> Allah akan memberkahi harta kita dan menambahkan rezeki yang tidak kita sangka



Mudahnya menjemput rezeki dengan bersedekah. Bukan jumlah yang menjadi ukuran tetapi keikhlasan adalah lebih penting. 

Sedikit tetapi ikhlas adalah jauh lebih baik daripada banyak tetapi mengungkit. Tetapi jika banyak dan juga ikhlas maka lebih baik lagi.

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Jom kita jemput rezeki dengan bersedekah. Tak dapat banyak, sedikit pun jadilah....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...