Saya pernah di tanya salah seorang kawan. Apa pencapaian akak selama ini. Pada mulanya saya bingung untuk memberikan jawapan.
Akhirnya saya memberikan satu jawapan HEBAT. Pencapaian terbesar saya selama ini adalah...... Dalam usia 34 tahun saya sudah mempunyai 4 orang anak. 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Bukankah ia pencapaian yang hebat. Mungkin ada yang berfikir saya syok sendiri. Memanglah ada ramai lagi orang yang seumur dengan saya mungkin memiliki lebih ramai anak.
Tapi kita kan tidak boleh selalu membuat perbandingan dengan orang yang lebih dari kita. Kita kena buat perbandingan dengan orang yang kurang dari kita supaya kita sentiasa merasa bersyukur.
Berapa ramai orang di luar sana yang sudah berkawin belasan tahun bahkan puluhan tahun tapi masih belum di kurniakan anak. Jadi sebagai seorang ibu yang mempunyai 4 orang anak sudah semestinya ia merupakan pencapaian yang hebat dan patut di syukuri.
Jadi kepada para ibu, mempunyai anak adalah satu pencapaian yang hebat. Yeayyy...saya hebat.
Showing posts with label Celoteh Saya. Show all posts
Showing posts with label Celoteh Saya. Show all posts
Monday, September 9, 2013
Wednesday, August 28, 2013
Cara Buat Orang Rasa Happy Dengan Kita
Pernah tak anda dengar orang yang sentiasa merungut. Sentiasa komplen orang ni tak best, orang tu tak best. Sentiasa komplen kenapa syarikat ni, macam ni. Kenapa syarikat tu macam tu.
Memang tak salah kalau kita komplen. Tapi biarlah bertempat.
Sebenarnya….orang yang selalu komplen ni, memang ada masalah dalam diri dia. Yelah….kalau dia dok komplen semua orang tak best, macam mana tu. Dia rasa, diri dia sendirilah yang paling best. Orang lain semua tak best.
Bila dia rasa orang lain tak best, so takde orang yang akan rasa best bila bersama dia.
Cara nak buat orang rasa gembira bila bersama kita adalah, buat dia rasa gembira dulu. Buat dia rasa kita ni, interested sangat dengan dia. Puji dia. Tapi puji biarlah ikhlas. Janganlah muka tak hensem tapi kita puji dia hensem. Memang dia kecik hati.
Puji lah, senyum dia manis ke, baju dia cantik ke. Puji benda yang betul. Macam orang bercinta. Bila selalu kena puji kan, makin bertambah sayang.
Sunday, August 25, 2013
Rezeki Kan Dalam Berbagai Bentuk
Salah satu yang saya suka masa buat roadshow adalah, sebab saya tak tau latar belakang prospek saya.
Macam semalam, dari beberapa orang yang saya tegur, salah satunya dah melabur dan ejen dia pun aktif.
Umurnya lebih kurang 47 tahun. Tapi saya tetap mintak nombor telefon jugak. Saya juga bagitau pada prospek ni, dia patut berterima kasih pada ejen dia sebab, ejen tu dah tolong jaga pelaburan dia.
Masa nak bagi brochure, dia kata tak payahlah. Kebetulan saya stapler name card pada bruchure. Tapi sebab dia tak ambik brochure tu, dia pun takde nombor telefon saya. Dia dah jalan menuju ke parking. Tiba-tiba, patah balik sebab nak mintak nombor telefon saya.
Prospek ni, kerja kat kilang nenas. Dia kata, kalau ada nenas nanti boleh bagi pada cik.
Dan pagi tadi, dia call saya. Dia cakap mcm ni, “Saya Encik yang awak jumpa semalam. Yang nama sama dengan nama ayah awak. Ismail. Cik ada kat mane hari ni. Saya nak bagi nenas.”
Syukur alhamdulillah. Walaupun saya tak close sale dengan dia, tapi sebab saya ikhlas nak membina hubungan, Allah bagi saya rezeki dalam bentuk NENAS. Nenas tu sebenarnya untuk packing dalam tin. Kalau packing dalam tin, anggaran dalam 20 tin. Banyak tuu….
Moral of the story, tak kira siapa pun yang kita jumpa kalau boleh tetaplah berbaik sangka. Tak dapat close sale pun takpe.
Allah kan maha adil. Jangan ingat rezeki dalam bentuk duit je.
Jangan Segala Sesuatu Kerana Wang
Tak dapat di nafikan, wang memang penting. Semua benda memerlukan wang. Wang dapat memberi kebahagiaan. Tetapi kebahagiaan tidak dapat di beli dengan wang.
Kadang-kadang saya merasa sedikit kecewa apabila ada orang yang memandang segala sesuatu kerana wang.
Seorang kawan yang agak rapat dengan saya meminta resepi kuih. Sebelum ni pun dia selalu meminta resepi kuih dan saya memang bagi siap tunjuk cara buat depan mata lagi. Tanpa mengenakan sebarang bayaran. Kira dah macam kelas buat kuih lah. So, takde issue yang saya ni berkira sangat ataupun kedekut.
Tapi beberapa hari lepas, dia hantar sms macam ni. “Yati, boleh tak ajar akak buat kuih talam suji. Akak takde resepinya. Kalau tak pun akak beli resepi dengan Yati”.
Bila baca sms tu, saya rasa agak kecil hati. Selama ni saya memang tak pernah berkira dalam hal apa pun. Kalau dia sms cakap nak mintak resepi je, tanpa ada ayat nak beli resepi, saya memang tak kecik hati.
Kawan saya ni, suri rumah. Suami dia cikgu sekolah menengah. Hidupnya memang boleh dikatakan senang. Tapi, walaupun kita ni orang senang dan boleh beli segalanya…..janganlah anggap semua benda boleh settle dengan duit.
Wah….emo betul Cik Kiyah hari ni. Tapi bila pikir dari sudut positif, mungkin saya ni dah setaraf dengan chef profesional yang mengajar buat kuih, sebab tu lah dia sanggup bayar.
Hahahaha……. hidup ni kan pilihan kita. Sama ada nak fikir positif atau pun negatif terpulang pada kita.
Moral of the story, kaya macam mane pun kita…….jangan memandang segala sesuatu kerana wang.
Semua yang ada di dunia ni, hanya sementara. Kepada ALLAH kita kembali.
Subscribe to:
Posts (Atom)