Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Friday, September 27, 2013

Demam

Hari ni saya demam. Demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Pakej lengkap. Mungkin sebab semalam kena hujan. Jadi seharian ini saya hanya duduk di rumah. Berehat sambil mengadap laptop. Layan facebook sekejap.

Dua hari lepas saya nampak status facebook seorang klien public mutual saya. Anaknya masuk hospital sebab demam panas.

Hari ni saya nampak dia online. Saya pun tegur dia. Tanya macam mana perkembangan anak dia. Masih di hospital atau sudah balik. Alhamdulillah, anaknya sudah balik ke rumah.

Kemudian saya pun beritahu tentang status pelaburannya. Beritahu tentang berita-berita terkini berkaitan public mutual.

Alhamdulillah, beliau sangat berpuas hati dengan pelaburannya. Dan tanpa saya sangka beliau menyatakan hasrat untuk membuat penambahan pelaburan lagi. Tapi beliau tak pasti lagi bila nak buat penambahan.

Setelah beberapa minit kami chatting saya katakan kepada beliau supaya beliau juga perlu berehat secukupnya. Kalau tak nanti beliau pun ikut tumbang juga. Saya juga minta agar sampaikan salam saya pada keluarganya. Kemudian beliau offline.

Selang 15 minit beliau online lagi. Dan beliau memberitahu bahawa beliau baru sahaja melakukan penambahan di public mutual secara online. Dan jumlahnya, memang saya tak sangka. Syukur sangat pada Allah. Alhamdulillah....Murah rezeki beliau. Alhamdulillah...rezeki untuk saya juga.

Inilah hikmah di sebalik demam. Demam demam pun boleh close sale.

Kesimpulannya...memang seronok sangat bekerja dari rumah.


Sunday, September 22, 2013

Kalau Lah Boleh Tengok Masa Depan.

Siang tadi tengok cerita hindustan di NTV7. Cerita Krish. Cuti sekolah ni, layankan anak-anak tengok tv je.

Krish adalah sambungan dari filem Koi Mil Gaya.

Kisah seorang anak lelaki down sindrom bernama Rohit yang mendapat  kuasa luar biasa dari alien. Best tau cerita ni.

Krish pula mengisahkan Krishna anak kepada Rohit menuntut bela atas kematian ayah dan ibunya. Yang sebenarnya ayahnya belum meninggal lagi.

Dalam cerita Krish ni, watak jahat nak buat satu alat yang dapat melihat masa depan. Kononnya alat tu nanti sangat berguna untuk manusia. Dengan adanya alat tu jika akan terjadi gempa atau bencana, manusia boleh bersiap sedia. 

Tapi si watak jahat ni dah salah gunakan kuasa. Dia nak jadi yang paling berkuasa di dunia. Dengan kata lain, nak jadi Tuhan.

Tapi akhirnya, dengan alat tu jugak lah dia dapat melihat bila ajalnya datang. Dan orang yang akan membunuhnya adalah Krish.

Kalau nak tau lebih lanjut sila tengok filem tu ye. 

Yang kelakarnya, lepas tengok cerita tu Boboy terus berangan.

Dia cakap bestnya kalau kita boleh tengok masa depan. Kalau boleh tengok masa depan, Boboy nak tengok besok besar Boboy jadi apa. Boboy kawin dengan siapa. Rumah Boboy besar tak. 

Adoi, berangan bukan main. Siap berangan kawin dengan siapa lagi. Ini semua poyooooo. hahahaha....

Itulah anak-anak. Sebab itu lah kita kena temankan anak-anak tengok TV. Supaya mereka tak terus menerima bulat-bulat apa yang ada dalam cerita.

Tuesday, September 17, 2013

Danga Bay Country Garden

Hari sabtu lepas saya sekeluarga pergi ke Danga Bay Country Garden. Dahulunya tempat ini adalah laut. Orang Johor biasa panggil pantai lido.

Semenjak di mulakan projek pembangunan ini, memang tak pernah nampak apa yang berlaku di sebalik pagar.Dan saya pun tak pernah ambil tau tentang perkembangannya. Padahal selalu lalu depan projek.

Bila suatu hari seorang kawan tayang gambar Danga Bay Country Garden di facebook, saya terperanjat. Ya Allah....cantiknya. Macam bukan di Malaysia. Persisiran pantai buatan dengan butiran pasir halus yang indah. 




Cantiknya pantai buatan ni. Dulu....pantai ni adalah laut. Kemudian di tambak untuk dijadikan rumah dan tempat perniagaan.






Seronok duduk di sini waktu petang. Hembusan angin petang sepoi-sepoi bahasa.




Yang ini gambar bahagian depan pintu masuk.


Gambar bilik show house. Cik Sarah ber posing.







Ini adalah rumah contoh. Harga rumah disini yang paling murah adalah rm900.000 untuk rumah dua bilik. Untuk rumah tiga bilik pula harga bermula dari rm1.2 juta hingga rm1.5 juta




Macam ni lah agaknya bila dah jadi nanti. Buat masa ni memang tak mampu nak beli rumah dengan harga seperti ini. Tak tau lah lima tahun akan datang. Mungkin dah jadi jutawan....boleh beli. Amin...





Wednesday, September 11, 2013

Rupanya Memang Ada Ibu Yang Baik

Hari ini anak-anak cuti disebabkan murid darjah 6 sedang menduduki peperiksaaan UPSR. Pasti berdebar-debar perasaan ibu yang mempunyai anak yang sedang periksa.

Dua tahun lepas saya sudah mengalami saat-saat seperti ini. Memang mendebarkan. Tapi Allah juga menguji saya ketika itu. Ketika anak sulung saya menghadapi peperiksaan, saya di rumah menahan kesakitan.

Saya mengalami sakit pinggang. Hinggakan nak bangun untuk solat pun sakit. Saya hanya dapat mendoakan dari rumah semoga anak saya mudah menjawab soalan peperiksaan dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

Alhamdulillah........walaupun tidak terlalu cemerlang tetapi keputusan UPSR yang sebenar lebih baik dari keputusan peperiksaan percubaan . Sewaktu percubaan 1A 4B. Dan peperiksaan sebenar 3A 2B. Syukur Alhamdulillah. Sekarang anak sulung saya belajar di Sekolah Menengah Arab An-Nur Benut, Pontian Johor.

Dalam cuti sempena UPSR ini, anak kedua dan ketiga duduk di rumah sahaja. Ada juga saya bawa jalan-jalan untuk menghilangkan kebosanan setelah bermain PS2.

Semalam sewaktu dalam perjalanan ke Kipmart untuk membeli lauk, anak kedua saya Sarah bercerita satu hal yang agak kelakar dan sedikit menyentuh hati. 

Dalam kereta dia bercerita. Dia kata "Rupanya memang ada ibu yang baik. Ibu yang sanggup jaga anak masa sakit dan tak tidur. Adik ingatkan tu semua cerita je. Rupanya memang betul-betul ada. Masa adik sakit dulu, ibu jaga adik sampai ibu tak tidur malam "

Kelakar sangat dengar Sarah cakap macam ni. Lepas tu Sarah ada cakap lagi. "Ibu, dulu-dulu kan......adik ingat kubur ada di langit. Allah ada di langit, malaikat ada di langit, syurga pun ada di langit".

Comelnya ayat tu. Ayat anak-anak kecil yang masih polos.

Selama ini dia berfikir ibu yang baik yang jaga anak sakit sampai tak tidur malam hanya ada dalam TV sahaja. Dia fikir hanya cerita sahaja.

Bila dia dah mengalami sendiri baru dia percaya bahawa ibu yang baik itu benar-benar ada dan memang wujud.

Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.




Tuesday, September 10, 2013

Kerajaan Akui Kelemahan, Bukan Niat Bebankan Guru

Sumber artikel darihttp://www.sinarharian.com.my/kerajaan-akui-kelemahan-bukan-niat-bebankan-guru-1.200617

Sistem pembelajaran di negara kita sudah berubah sejak tahun 2011. Sistem pembelajaran yang tidak ada peperiksaan.

Secara peribadi, saya tidak menyokong sisitem ini. Entahlah......mungkin memang sisitem ini yang kurang bagus atau kita yang sudah terbiasa dengan sistem lama yang menilai seorang murid berdasarkan peperiksaan.

Pada pendapat saya, sistem ini menjadikan murid kurang pandai dan agak malas belajar. Kerana belajar rajin-rajin pun bukan boleh dapat nombor satu. Itu adalah ayat anak perempuan saya yang sekarang berada di darjah 3. 

Setiap kali tukar menteri pelajaran, ada sahaja peraturan baru. Dulu subjek matematik dan sains di ajar dalam bahasa inggeris. Bila tukar menteri, tukar pula. Kembali di ajar menggunakan bahasa malaysia. Aduh......kasihan anak-anak.

Semoga para menteri dapat memikirkan jalan yang terbaik untuk pendidikan di negara kita.

SHAH ALAM – Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengakui wujudnya kelemahan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan di sekolah-sekolah pada 2011 telah membebankan golongan pendidik selain daripada tugas mengajar di bilih darjah. 

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan pelaksanaan PBS itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa supaya guru tidak tertekan dengan tambahan tugas terbabit menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan kerjaya terbabit. 

"Pelaksanaannya ada sedikit masalah, lebih beri arahan terperinci dan ia menyusahkan guru. 

"Sistem baru itu baik, cuma pelaksanaan perlu diperbaiki, saya akui kelemahannya," katanya pada program Bicara Minda yang bertajuk 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif', di sini, hari ini. 

Tambah beliau, pengenalan PBS itu bagi memastikan sekolah tempatan tidak lagi berorientasikan kepada peperiksaan dan mata pelajaran, sebaliknya ia berasaskan kepada penilaian pelajar itu sendiri. 

Katanya, ia bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang juga sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan negara. 

“Guru akan menilai cara pelajar belajar, berinteraksi dan sebagainya, kemudian direkod penilaian itu secara menyeluruh, bukan peperiksanan semata-mata sahaja. 

“Keadaan bertambah baik, kita akan pastikan guru tidak terbeban dengan PBS supaya kita boleh mencapai matlamat ke arah sekolah satu pertiga terbaik di dunia,” katanya sambil menyifatkan kerjaya sebagai guru itu merupakan profesional mulia dan murni kerana berupaya mendidik masyarakat ke arah lebih baik.


Monday, September 9, 2013

Jus Dari Langit?

Hari ini saya keluar bawak anak-anak pergi Jusco. Jalan-jalan window shopping. Kemudian singgah di secret recipe. Saya jarang bawa anak-anak makan di secret recipe. Selain harga makanannya mahal-mahal, di situ pun tak banyak pilihan makanan.

Biasanya kalau pergi secret recipe, saya beli kek dan makan di rumah. Tak pernah makan di situ. Tapi hari ni, ada kawan minta temankan makan. Demi tidak menghampakan permintaan kawan, saya pun temankan.

Saya order dua potong kek. Kentang goreng size besar. Dua set wantan goreng. Satu air capuccino. Satu air mocha. Dua gelas air masak. Semua ni, berharga lebih kurang RM60.00. Memang mahal makanan sekarang ni. Sebab tu tak boleh selalu makan di luar.

Yang kelakarnya waktu order air masak tadi, Boboy cakap....." haaa.....sky juice?. Ibu order air dari langit?. Ni mesti orang ni baru ambik air. Sekarang kan tengah hujan lebat".

Comel sangat ayat tu. Aduhai anak....... :)







Wednesday, August 28, 2013

Hari-Hari Open House

Setelah puas berhari raya di kampung, kini beraya di bandar pula. Beraya di bandar agak berbeza dengan beraya di kampung.

Memandangkan kebanyakan orang yang tinggal di bandar adalah bekerja, maka kesempatan beraya adalah pada waktu malam. Itu pun tengok juga, kalau ada rumah jiran yang pintunya terbuka barulah beraya. Kalau pintu tutup je, memang tak payahlah.

Musim raya adalah musim open house. Bila dah open house, maknanya adalah makan dan makan dan makan lagi. Orang buat open house biasanya pada hujung minggu. Supaya senang kawan-kawan nak datang.

Sabtu minggu lepas, saya ada 3 jemputan open house. Hari ahad pula ada dua jemputan. Taklah banyak sangat, masih boleh di layan. hahaha.....

Kawan saya menerima 6 jemputan open house dalam sehari. Banyak tu. Tapi, dia cakap memang tak dapat nak hadir semua. Tak sempat.

Bila dah beraya ke rumah kawan-kawan, kawan pula tanya bila saya nak buat open house. Saya pun jawab dengan jujur bahawa saya buat open house setiap hari. Pintu rumah saya setiap hari terbuka menerima kedatangan tetamu.

Dah nama raya kan......datang je lah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...