Friday, September 13, 2013

Syukur

Syukur juga merupakan cara menjemput rezeki. Dengan bersyukur Allah akan tambahkan nikmat.




Sudah berapa banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Sebagai hamba yang sudah merasakan manfaat dari nikmat yang Allah beri, sudah seharusnya kita wajib bersyukur.

Bersyukur dengan sentiasa membasahi bibir dengan kalimah Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah......kerana telah memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada kami.







Zikir Pembuka Pintu Rezeki

Kali ini kita kita menjemput rezeki dengan berzikir pula. Bukan susah pun nak berzikir. Yang susah adalah istiqomah.

Sambil memandu pun boleh berzikir. Sambil menunggu anak balik sekolah boleh berzikir. Sambil memasak boleh berzikir.

Selain mendapat ganjaran pahala Insya Allah, Allah akan membalas dengan rezeki yang berlimpah.

Jom kita sama-sama amalkan zikir ini.

1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
    
2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
   
3. Melazimkan BerIstighfar
   
4. Membaca Surat Al-Ikhlas
   
5. Membaca Surat Al-Waqiah
    
6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
    
7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

Semoga boleh menjadi amalan yang istiqomah. AMIN   

Thursday, September 12, 2013

Surah Al-Waqiah

Membaca surah Al-Waqiah adalah salah satu cara menjemput rezeki selain solat dhuha dan bersedekah. Surah Al-Waqiah Surah Kekayaan.
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
 .
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Jom kita jemput rezeki dengan membaca surah Al-Waqiah. Yang penting istiqomah ye.

Bersedekah

Bersedekah adalah satu amalan sunat yang sangat di tuntut dalam Islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah".

Bersedekah juga merupakan salah satu cara mudah untuk kita menjemput rezeki. Seperti sabda Rasulullah S.A.W "tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah". Dengan bersedekah Allah akan menggantikan dengan ganjaran pahala di akhirat. Selain itu, Allah juga akan menggantikan dengan rezeki yang berlipat kali ganda di dunia.



Antara kelebihan bagi orang yang bersedekah adalah :
Kebaikan di dunia
> Membersihkan harta
> Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil
> Menjauhkan diri kita dari bala dan penyakit
> Mendatangkan rasa gembira pada fakir miskin
> Allah akan memberkahi harta kita dan menambahkan rezeki yang tidak kita sangka



Mudahnya menjemput rezeki dengan bersedekah. Bukan jumlah yang menjadi ukuran tetapi keikhlasan adalah lebih penting. 

Sedikit tetapi ikhlas adalah jauh lebih baik daripada banyak tetapi mengungkit. Tetapi jika banyak dan juga ikhlas maka lebih baik lagi.

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Jom kita jemput rezeki dengan bersedekah. Tak dapat banyak, sedikit pun jadilah....


Elak ditipu tukar mata wang

sumber : harian metro online

Salah satu masalah yang timbul ketika mahu melancong ke luar negara adalah mengenai pertukaran mata wang asing.
Lebih baik membuat pertukaran di dalam ­negara, bank, lapangan terbang atau di negara yang dituju? 
Lebih baik ini bermaksud yang mana lebih me­nguntungkan, mudah dan paling penting selamat. 

Bagi yang sudah biasa membuat pertukaran mata wang asing, ia bukan satu masalah besar dan sudah tahu mana yang lebih baik.
Sesetengah tempat ­pertukaran mata wang asing tidak sama kadarnya ­dengan tempat yang lain.

Contohnya jika kita membuat pertukaran di kaunter menukar mata wang asing berbanding di bank atau lapangan terbang. 

Kebiasaannya di lapa­ngan terbang, anda akan mendapat kurang daripada yang ditukar di tempat lain, begitu juga dengan di bank. 

Jika membuat pertukaran di luar negara pula, ada negara yang tidak menerima Ringgit Malaysia dan sebagainya. 

Jika adapun hanya di sesetengah negara sahaja dan keadaan ini sudah pasti menyusahkan terutama jika anda sudah kehabisan wang tunai ketika melancong. 

Justeru, tip melancong kali ini menyenaraikan ­beberapa perkara yang ­perlu diberi perhatian ­ketika mahu membuat ­pertukaran mata wang asing. 


1. Lihat nilai mata wang ­negara yang dituju sebelum berangkat. Cara mudah adalah melalui ­Internet. 

Anda juga boleh bertanyakan kepada agensi pelancongan atau tempat penukaran mata wang asing yang terdekat. 

Maklumat nilai tukaran mata wang asing negara yang dituju adalah penting supaya anda tidak tertipu atau rugi. 


2. Biasanya nilai tukaran mata wang asing di lapangan terbang adalah lebih rendah atau dengan kata lain harganya lebih mahal berbanding di luar lapa­ngan 
terbang.
 

Keadaan juga sama jika di hotel yang akan memberi harga lebih mahal. 

Oleh itu, cuba sedaya upaya tidak menukar duit di lapangan terbang atau hotel. Jika terpaksa, ­tukarlah hanya jumlah yang diperlukan untuk membayar teksi atau ­kereta sewa untuk ke hotel penginapan dari lapangan terbang atau untuk sesuatu keperluan mustahak ­sahaja. 


3. Sesetengah tempat ­menukar wang ada yang mengambil komisyen dan ada yang tidak.

Oleh itu, jangan tertipu dengan nilai ­pertukaran yang tinggi berbanding di tempat lain, padahal ­mengenakan komisyen. 

Di akhir urus niaga, ­harganya sama saja bahkan mungkin lebih ­mahal. 

Buat pengiraan sebaik mungkin agar tidak rugi ­sebaliknya menguntung­kan anda. 

Jika ada pilihan, carilah yang tidak ­mengenakan komisyen. 


4. Carilah tempat ­menukar mata wang asing yang boleh dipercayai. ini penting untuk menghindari penipuan. 

Untuk mendapat­kan tempat yang boleh dipercayai, minta petunjuk atau saranan daripada ­kakitangan hotel tempat penukaran mata wang asing yang dipercayai di lokasi percutian anda. 

Kenal pasti tempat menukar wang itu berada di wilayah atau kawasan yang selamat. 

Ini kerana, di beberapa negara, terdapat ­tempat menukar mata wang asing yang sering menipu. Mereka akan membayar wang yang ditukar kurang daripada jumlah yang sepatutnya diterima. 

Justeru berwaspadalah. Pilihan di tangan anda. Selamat bercuti.

Tragedi Menyayat Hati


Sumber : harian metro online

Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.
“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.” 
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/12

Sedih sangat baca berita ni. Kalau dah macam ni, siapa yang nak disalahkan. Nak salahkan budak, namanya juga anak kecil. Masih belum tau apa-apa.Nak salahkan orang tua, tapi takkan orang tua anak ini sengaja membiarkan anak yang berumur 4 tahun mengambil kunci kereta, masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kereta hingga melanggar adik yang baru berumur 2 tahun. Mungkin ramai orang yang menuding jari menyalahkan orang tua. Tapi hakikatnya, adakah ibu bapa yang rela membiarkan anaknya meninggal dunia dengan cara yang menyayat hati. (Kalau orang yang mengandung anak luar nikah, mungkin betul mereka rela. Tapi saya pasti dilubuk hati yang paling dalam, si ibu merasa sangat bersalah. Mungkin dia melakukannya kerana terpaksa untuk menutup malu.)Kesimpulannya, setiap perkara yang terjadi di dunia ini adalah takdir Allah. Sesuatu perkara terjadi pasti ada sebabnya. Mungkin betul, orang tua anak ini cuai. Tapi sudah di takdirkan Allah, anaknya meninggal dengan cara seperti itu. Maka, terjadilah. Manusia tidak dapat mengelak kematian.Semoga kita mendapat pengajaran dari kejadian ini. Supaya kita dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan anak-anak kita walau di mana pun mereka berada.

Wednesday, September 11, 2013

Rupanya Memang Ada Ibu Yang Baik

Hari ini anak-anak cuti disebabkan murid darjah 6 sedang menduduki peperiksaaan UPSR. Pasti berdebar-debar perasaan ibu yang mempunyai anak yang sedang periksa.

Dua tahun lepas saya sudah mengalami saat-saat seperti ini. Memang mendebarkan. Tapi Allah juga menguji saya ketika itu. Ketika anak sulung saya menghadapi peperiksaan, saya di rumah menahan kesakitan.

Saya mengalami sakit pinggang. Hinggakan nak bangun untuk solat pun sakit. Saya hanya dapat mendoakan dari rumah semoga anak saya mudah menjawab soalan peperiksaan dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

Alhamdulillah........walaupun tidak terlalu cemerlang tetapi keputusan UPSR yang sebenar lebih baik dari keputusan peperiksaan percubaan . Sewaktu percubaan 1A 4B. Dan peperiksaan sebenar 3A 2B. Syukur Alhamdulillah. Sekarang anak sulung saya belajar di Sekolah Menengah Arab An-Nur Benut, Pontian Johor.

Dalam cuti sempena UPSR ini, anak kedua dan ketiga duduk di rumah sahaja. Ada juga saya bawa jalan-jalan untuk menghilangkan kebosanan setelah bermain PS2.

Semalam sewaktu dalam perjalanan ke Kipmart untuk membeli lauk, anak kedua saya Sarah bercerita satu hal yang agak kelakar dan sedikit menyentuh hati. 

Dalam kereta dia bercerita. Dia kata "Rupanya memang ada ibu yang baik. Ibu yang sanggup jaga anak masa sakit dan tak tidur. Adik ingatkan tu semua cerita je. Rupanya memang betul-betul ada. Masa adik sakit dulu, ibu jaga adik sampai ibu tak tidur malam "

Kelakar sangat dengar Sarah cakap macam ni. Lepas tu Sarah ada cakap lagi. "Ibu, dulu-dulu kan......adik ingat kubur ada di langit. Allah ada di langit, malaikat ada di langit, syurga pun ada di langit".

Comelnya ayat tu. Ayat anak-anak kecil yang masih polos.

Selama ini dia berfikir ibu yang baik yang jaga anak sakit sampai tak tidur malam hanya ada dalam TV sahaja. Dia fikir hanya cerita sahaja.

Bila dia dah mengalami sendiri baru dia percaya bahawa ibu yang baik itu benar-benar ada dan memang wujud.

Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...