Thursday, September 19, 2013

Berserah

Semalam saya ada temujanji dengan seorang prospek. Temujanji di buat sehari sebelumnya. Dalam telefon, kami janji untuk jumpa pukul dua petang.

Pagi pukul 10  saya telefon untuk pastikan sekali lagi bahawa kami akan bertemu pada pukul dua petang. Waktu saya telefon, dia kata tengah ada banyak kerja. Nanti telefon lagi.

Memandangkan dia sibuk, saya pun hantar SMS. Saya tanya nak jumpa di mana. Sebab masa buat temujanji dia kata di mana-mana pun boleh.

Dia tidak terus membalas SMS saya. Mungkin sibuk kerja. Selepas dua jam dia membalas SMS meminta maaf lambat balas sebab banyak kerja. Dan memberitahu temujanji di tunda pukul tiga petang.

Pukul 2.45 petang saya hantar SMS, adakah jadi berjumpa pukul tiga. Dia balas SMS dan memberitahu, jadi jumpa tapi lambat sikit. Mungkin dalam pukul 3.30.

Setelah beberapa kali "delay", akhirnya saya memujuk hati. Ya Allah, jika ini memang rezeki ku. Mudahkanlah urusanku. Berilah kemudahan dari mencari parking kereta (nak parking depan pintu masuk), presentation dan close sale. Saya pasrah dan serahkan 100% pada Allah. 

Tidak lama selepas itu, saya telefon prospek ni semula. Alhamdulillah dia selesai urusan dan akan berjumpa saya. Kami sepakat untuk berjumpa di Plaza Kotaraya.

Saya sudah membayangkan di Plaza Kotaraya memang susah nak parking kereta di bahagian depan pintu masuk. Nak masuk ke dalam tempat parking, malas pula. Saya berdoa lagi pada Allah.

Alhamdulillah, Allah maha mendengar.

Saya parking kereta di depan pintu masuk. Presentation sekejap dan close sale. Puji syukur pada Allah. Di mudahkan dari urusan parking kereta, presentation dan close.

Rasa bersyukur sangat. Kesimpulannya, bila kita dah cuba dan berusaha tapi belum dapat hasil, jalan terakhir adalah serahkan pada Allah.

Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Terima kasih Allah. Sayang Allah. :)






Wednesday, September 18, 2013

Berbuat Baik Dan Mendoakan Ibu Bapa



sumber gambar dari google


Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita adalah berbuat baik pada orang tua dan sentiasa mendoakan mereka.

Beruntunglah kepada siapa yang masih mempunyai ibu bapa lagi. Tidak perlu bersusah payah. Hanya berbuat baik dan mendoakan mereka setiap hari. Insya Allah, Allah akan memberkati hidup kita dan melimpahkan rahmat dan nikmatnya pada kita.

Kadangkala, di tengah kesibukan mengejar dunia kita mungkin terlupa untuk mendoakan mereka. Telefon mereka untuk bertanya khabar, sudah cukup membuat sejuk hati ibu.



sumber gambar dari google

Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Redho Allah bergantung pada redho ibu bapa.

Jom kita sama-sama sentiasa mendoakan ibu bapa kita.




Tuesday, September 17, 2013

Danga Bay Country Garden

Hari sabtu lepas saya sekeluarga pergi ke Danga Bay Country Garden. Dahulunya tempat ini adalah laut. Orang Johor biasa panggil pantai lido.

Semenjak di mulakan projek pembangunan ini, memang tak pernah nampak apa yang berlaku di sebalik pagar.Dan saya pun tak pernah ambil tau tentang perkembangannya. Padahal selalu lalu depan projek.

Bila suatu hari seorang kawan tayang gambar Danga Bay Country Garden di facebook, saya terperanjat. Ya Allah....cantiknya. Macam bukan di Malaysia. Persisiran pantai buatan dengan butiran pasir halus yang indah. 




Cantiknya pantai buatan ni. Dulu....pantai ni adalah laut. Kemudian di tambak untuk dijadikan rumah dan tempat perniagaan.






Seronok duduk di sini waktu petang. Hembusan angin petang sepoi-sepoi bahasa.




Yang ini gambar bahagian depan pintu masuk.


Gambar bilik show house. Cik Sarah ber posing.







Ini adalah rumah contoh. Harga rumah disini yang paling murah adalah rm900.000 untuk rumah dua bilik. Untuk rumah tiga bilik pula harga bermula dari rm1.2 juta hingga rm1.5 juta




Macam ni lah agaknya bila dah jadi nanti. Buat masa ni memang tak mampu nak beli rumah dengan harga seperti ini. Tak tau lah lima tahun akan datang. Mungkin dah jadi jutawan....boleh beli. Amin...





Sunday, September 15, 2013

Lagi Kes Dera Yang Membawa Kematian

sumber : harian metro online

Kes penderaan bayi sepertinya tidak pernah habis. Ada saja kes penderaan yang melibatkan tidak saja pengasuh tetapi juga ibu bapa. 

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWM) hampir 3,900 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan tahun lalu dan sekurang-kurangnya 1,023 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan sepanjang Januari hingga Mac tahun ini.

Yang terbaru, kes penderaan bayi berumur 6 bulan yang di dera oleh pengasuhnya. Selepas tiga hari menerima rawatan di NICU, akhirnya bayi malang ini meninggal dunia.

Dunia....oh....dunia. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Manusia semakin hilang rasa perikemanusiaan. Yang ada hanya peri kehaiwanan. Dah tiada rasa kasih sayang dan belas kasihan pada seorang bayi yang tidak mengerti apa-apa lagi.


Pergi Jua Akhirnya.....

Shah Alam: Bayi berusia enam bulan Nur Sofea Insyirah Mohd Shahril yang sebelum ini dalam keadaan kritikal selepas disyaki didera pengasuhnya, meninggal dunia pada jam 2.20 petang semalam.
Nur Sofea meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa selepas mengalami pendarahan serta retak bahagian tengah kepala selain beberapa kesan lebam di lutut. 
Mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. 

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mangsa tidak sedarkan diri sewaktu berada di bawah jagaan pengasuhnya pada jam 10 pagi Rabu lalu sebelum pengasuhnya memaklumkan kepada bapa mangsa Mohd Shahril Ahamad, 28, yang kemudian bergegas membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Namun, selepas tiga hari menerima rawatan, mangsa masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif dan hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/15

Saturday, September 14, 2013

Ayat Seribu Dinar

Ayat seribu dinar terkenal dengan ayat murah rezeki. Kebiasaannya para peniaga akan menggantung ayat seribu dinar di premis perniagaan mereka. 

Kerana ayat seribu dinar juga terkenal dengan nama ayat pelaris. Ayat seribu dinar juga merupakan salah satu cara mudah untuk menjemput rezeki.

Biasakan membaca ayat seribu dinar 7 kali setiap selesai solat fardhu. Insya Allah, Allah akan memberikan rezeki dari arah yang tidak kita sangka.

Beramal dengan ikhlas dan mengharap redho Allah.


Solat Dhuha


Salah satu cara agar memperoleh rezeki yang banyak adalah dengan menunaikan solat dhuha. Solat dhuha dilakukan pada waktu pagi. 

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Waktu melakukan solat dhuha adalah ketika matahari sedang naik. Anggaran dalam pukul 8.30 pagi hingga 11.30 tengahari.


Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Cara menunaikan solat dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.

Niatnya adalah

Ertinya : Sengaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

Rakaat pertama selepas Al fatihah, baca surah As-Syams atau Ad- Dhuha.
Rakaat kedua selepas Al fatihah, baca surah Al Kafirun atau Al Ikhlas.

Selepas salam terus sujud dan baca doa ini sebanyak 40 kali.

Ertinya : Berilah daku wahai yang Maha pemberi ilmu dan hikmah, dan kurniakanlah daku wahai yang Maha pengurnia, jadi mudahkanlah daku


Selepas sujud kemudian duduk dan baca tasbih 10 kali.


Kemudian baca doa ini.


Kelebihan Solat Dhuha


Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.






Waktu Doa Mustajab


Sumber : melurhasanah.com

Hari ni, saya nak kongsi waktu-waktu yang mustajab untuk kita berdoa.
Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.

1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya". (HR Bukhari dan Muslim)

2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (HR Ibnu Majah)

3. Doa selepas solat fardhu
"Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu"  (HR Al-Tirmizi)

4. Doa di dalam sujud
"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan" (HR Muslim)
"Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa" ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat
"Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (HR Bukhari dan Muslim)


6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83)


8. Doa antara Azan dan Iqamah
"Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)

9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...