Tuesday, August 27, 2013

Maaf?


Saya pernah terbaca satu artikel, salah satu tips untuk bahagia dan gembira adalah penuhkan hati dengan kemaafan.

Tetapi sebagai manusia biasa, boleh ke kita sentiasa berbesar hati untuk memaafkan kesalahan orang lain?. Tentu lah boleh.

Suatu masa dulu, sebelum saya berjaya merubah diri saya menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif, saya pernah merasa sangat marah dan tidak puas hati pada seorang kawan.

Setiap hari saya asyik memikirkan kesalahan yang dia buat pada saya. Saya asyik memikirkan kenapa sampai hati dia menyakitkan hati saya. Tak boleh nampak muka dia. Kalau nampak muka dia, rasa geram yang teramat sangat.

Nak tau apa yang saya dapat?. Saya malas nak keluar rumah. Sebab kalau keluar rumah nampak muka dia. Pergi kedai nampak muka dia. Saya jadi malas nak buat apa-apa sebab asyik memikirkan kesalahan-kesalahan yang dia lakukan.

Tapi dia ok je. Saya tengok dia macam biasa je. Tak de apa yang berubah. Malah semakin bertambah maju. Sebab, dia tak kesah pun. Saya yang dok melayan perasaan.

Semakin lama saya merasakan betapa kurang cerdiknya saya kerana, memikirkan masalah yang tak akan pernah ada habisnya. Sebuah dendam dan kemarahan tidak akan hilang, jika kita sendiri tidak dengan ikhlas dan rela hati membuangnya dari lubuk hati yang paling dalam. 

Alhamdulillah, sekarang ni saya rasa ok je kalau jumpa dia. Boleh berbual dan beramah mesra. Dah tak ada rasa marah dan benci. Dan yang penting adalah, saya lebih bahagia dan lebih berjaya daripada dia.

Ternyata memang benar, jika kita sentiasa penuhkan hati kita dengan kemaafan, jiwa kita akan menjadi tenang dan hidup kita lebih bahagia. Kadang-kadang orang yang tak suka dengan kita ni, saje nak cari pasal. Saje nak buat kita marah, sebab bila kita marah kita akan menjadi tidak produktif. Bila kita tak produktif, dia yang untung. Sebab dia berjaya mengalahkan kita.

Tapi kalau kita buat tak kesah dan tetap meneruskan hidup macam biasa, lama-lama dia yang pening sendiri. Yelah, kalau dia tetap melancarkan serangan bertubi-tubi tetapi kita berjaya menangkisnya, at the end dia yang akan menyerah.

Yang penting kita ikhlaskan hati dan tetap berbesar hati untuk memaafkan dia. Percayalah…….ALLAH maha ADIL. Hidup hanya sekali. Terpulang pada kita sama ada nak hidup dengan gembira dan bahagia ataupun hidup dengan penuh rasa benci dan tidak puas hati. 

Bila kita sentiasa ikhlaskan hati Insya Allah, Allah akan memudahkan semua urusan kita. Amin……



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...