Saturday, August 24, 2013

Pengenalan diri

Bismillahirrohmanirrohim.......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Solawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita semua akan mendapat syafaat baginda di hari pembalasan.

Nama saya Rohayati Binti Ismail. Dilahirkan pada 21 September 1978 di Tanjung Karang Selangor. Walaupun di lahirkan di Selangor, selepas tamat alam persekolahan saya berhijrah ke Johor. Bertemu jodoh di Johor dan hingga kini menetap di Johor.

Saya adalah seorang ibu kepada seorang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki. Saya juga merupakan seorang perunding unit amanah Public Mutual. Kerjaya sebagai seorang perunding unit amanah memberikan saya kebebasan masa untuk bekerja.

Sebelum bekerja sebagai seorang perunding unit amanah, saya adalah seorang peniaga kuih-muih secara online dan offline. Memandangkan kerjaya sebagai perunding unit amanah tida terikat dengan bos dan tidak terikat dengan waktu bekerja 9 pagi hingga 5 petang, jadi saya masih boleh berniaga dan mengambil tempahan kuih-muih.

Walaupun tidak terikat dengan bos dan tidak terikat dengan waktu bekerja, sebagai seorang perunding unit amanah saya terikat dengan polisi syarikat yang tidak membenarkan membuat promosi secara online. Keadaan ini menyebabkan saya tidak bebas menulis berkaitan pelaburan Public Mutual. Yang mana menulis dan berkongsi ilmu adalah salah satu tujuan saya mempunyai blog.

Memandangkan saya mempunyai kemahiran membuat blog dan juga facebook fanpage, saya rasa saya perlu memanfaatkan ilmu yang ada. Bukankah ilmu yang bermanfaat adalah salah satu amal jariah yang akan terus memberikan kita ganjaran pahala bila kita sudah meninggal dunia nanti. 


Dengan Impian Allah Tunjukkan Jalan

Mungkin kerana kuatnya impian saya untuk berkongsi ilmu mengenai blog dan pelaburan unit trust, Allah menemukan saya dengan Puan Zaila Mohamad dan seterusnya dengan Puan Masayu Ahmad. Walaupun tidak bertemu dialam nyata, tetapi Allah mempertemukan saya dengan kedua insan hebat ini di alam siber.

Bermula berkawan dengan Puan Zaila Mohamad dan Puan Masayu Ahamd di facebook. Sehingga pada satu hari, saya ternampak status Puan Masayu yang menyatakan bahawa beliau sedang mencari guru online untuk akademi bekerja di rumah.

Saya pun memberanikan diri bertanya tentang kekosongan jawatan sebagai guru online. Beliau menyuruh saya memberikan butir-butir peribadi beserta pengalaman bekerja untuk memudahkan beliau membuat analisa.

Alhamdulillah

Hasil analisa beliau memberitahu bahawa berdasarkan kelayakan, saya layak mengajar kedua-dua modul. Iaitu kelas asas blog dan penulisan dan kelas asas blog dan fanpage.

Syukur Alhamdulillah. Gembiranya hati bila mendapat perkhabaran bahawa saya bakal menjadi seorang guru. Walaupun tidak mengajar  di sekolah. Sesungguhnya, janji Allah adalah benar.. Allah mengikut sangkaan hambanya.

Bermula dengan angan-angan dan impian saya untuk berkongsi ilmu, Allah ketemukan saya dengan orang yang benar. Orang-orang yang dapat membantu saya mencapai impian saya.

Puji syukur kepada Allah kerana telah menemukan saya dengan orang yang tepat. Terima kasih Ya Allah.......

Hobi

Sejak kecil saya mempunyai hobi membaca. Tetapi saya lebih suka membaca cerpen berbanding novel-novel yang tebal. Apabila menganjak dewasa, saya suka membaca buku motivasi dan kisah-kisah kejayaan. Dengan adanya internet, lebih mudah untuk saya mencari info tentang orang-orang berjaya.

Sebagai seorang perunding unit amanah dan juga seorang ibu yang mempunyai hobi menulis, saya ingin memanfaatkan kemudahan dan kecanggihan teknologi yang sedia ada sekarang ini.

Dengan adanya internet, semuanya hanya di hujung jari. Kepada suri rumah yang ingin menjana pendapatan melalui internet, banyak peluang boleh di manfaatkan. Bermula sebagai hobi, kita boleh menjadikan hobi kita sebagai salah satu punca pendapatan.

Ketika entri ini di tulis, saya berada di rumah sambil menyusukan anak kecil saya yang berumur 8 bulan. Disamping itu, saya juga sempat menghantar email untuk mengemaskini status pelaburan klien-klien saya.

Indahnya hidup ini jika kita dapat berkongsi. Saya hanya manusia biasa yang jauh dari kesempurnaan. Tetapi jika saya menunggu untuk manjadi sempurna, sampai ajal menjemput pun saya tidak layak untuk berkongsi ilmu. Kerana kesempurnaan adalah hanya layak untuk Allah sahaja.

Semoga saya terus di berikan kesehatan dan umur yang panjang untuk mencari ilmu dan berkongsi ilmu dan terus menulis.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...