Wednesday, August 28, 2013

Pengalaman Pertama

Hari ni saya nak cerita pengalaman pertama saya kena "basuh" dengan prospek. Sewaktu mula-mula menjadi perunding unit amanah, saya pernah berjumpa dengan seorang ahlli perniagaan. Saya datang tanpa membuat temujanji dan terus mengajak beliau untuk melabur.

Sebagai seorang yang  masih baru, saya boleh dikatakan agak berani juga. Walaupun ilmu belum penuh di dada, saya dengan penuh keyakinan berjumpa dengan ahli perniagaan itu tanpa membuat temu janji.

Hasilnya......saya di basuh cukup-cukup. Memandangkan saya masih baru lagi, memang tak boleh nak cakap apa. Diam saja. Itulah, siapa suruh berani sangat. :)

Tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan. Beberapa bulan selepas kejadian itu, saya berjumpa lagi dengan prospek garang. Beliau merupakan seorang pengarah cawangan di salah satu bank terkemuka di Malaysia. Dan saya kena basuh lagi. Kali ini lebih teruk dari yang pertama.

Tapi kali ini, saya sudah ada sedikit keberanian menjawab hujah-hujahnya. Jadi, taklah rasa sedih sangat.

Setahun selepas kejadian itu, saya berjumpa lagi dengan prospek garang yang merupakan seorang yang berpangkat Dato'. Dan saya kena basuh lagi. Tapi kali ini, saya memang sudah cukup berani untuk menghadapi orang garang.

Memang saya kena basuh, tapi saya pun boleh menjawab setiap pertanyaan dan ketidakpuasan hati prospek ini. Sehingga pada satu tahap kami sama-sama terdiam kemudian sama-sama ketawa.

Itu adalah antara pengalaman-pengalaman pahit yang pernah saya alami selama menjadi perunding unit amanah. Pengalaman pahit tetapi indah untuk di kenang.

Nanti saya akan cerita pengalaman manis pula.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...