Tuesday, August 27, 2013

Menjadi Jutawan


Semua orang ingin menjadi kaya. Semua orang ingin menjadi jutawan. Namun, jutawan seperti apakah yang kita inginkan?. Bagi orang islam yang beriman tentunya ingin menjadi jutawan di dunia dan juga di akhirat.

Bagaimana caranya untuk menjadi jutawan?. Inilah yang selalu menjadi persoalan. Jika membuat carian di google "cara nak jadi kaya", pastinya ia berada di tempat pertama atau kedua.

Sifir mudah untuk menjadi jutawan adalah, kalau kita anak jutawan kemungkinan besar kita pun akan jadi jutawan. ( Dengan mewarisi harta kekayaan). Untuk wanita pula, berkahwin dengan lelaki yang bergelar jutawan maka sang wanita pun akan menyandang gelaran jutawan.

Tapi bagaimana pula dengan orang yang bukan keturunan jutawan dan tidak berkahwin dengan jutawan?. Usah risau. Jika kita bukan keturunan jutawan dan tidak berkahwin dengan jutawan, kita masih boleh menjadi  jutawan.

Bagaimanakah Caranya?

Seperti yang kita ketahui, bukanlah mudah untuk menjadi jutawan. Ada orang menjadi jutawan dengan berniaga. Ada orang menjadi jutawan dengan MLM. Bahkan ada juga yang menjadi jutawan dengan hanya menjual peta negara Malaysia, seperti yang di alami Irfan Khairi.

Jika anda sedang menjalankan perniagaan, dengan berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah Insya Allah, anda bakal menjadi jutawan. Mungkin ada yang akan berkata, "kalau berniaga besar boleh lah jadi jutawan. berniaga kecil-kecilan mana boleh".

Atau mungkin juga ada yang berkata, "kalau setakat kerja makan gaji, jadi suri rumah mana mungkin boleh menjadi jutawan".

Ye betul, kalau di fikir logik memang tidak mungkin. Menjadi suri rumah, dari mana datangnya duit berjuta-juta.

Seorang suri rumah pun boleh menjadi jutawan jika pandai merancang kewangan. Caranya adalah menyimpan sejumlah wang di dalam unit amanah. Tahukah anda, unit amanah adalah salah satu tempat menyimpan wang yang dapat memberikan pulangan berganda?

Sabar

Unit amanah telah terbukti memberikan pulangan yang tinggi jika kita menyimpan untuk satu tempoh yang lama. Dengan kata lain jika anda ingin menyimpan di dalam unit amanah, anda haruslah mempunyai sifat sabar.

Jika anda menginginkan wang anda berganda hanya dalam masa satu malam atau satu bulan, lupakan saja pelaburan unit amanah. Ianya tidak sesuai untuk anda.

Di Malaysia terdapat banyak syarikat unit amanah. Anda boleh memilih untuk melabur di dalam dana konvensional ataupun yang patuh syariah.

Bagaimana memilih syarikat unit amanah yang terbaik

Disebabkan banyaknya syarikat unit amanah yang ada di Malaysia, kita tidak tau atau bahkan keliru untuk memilih mana satu syarikat yang baik dan boleh di percayai. Keliru kerana, masing-masing mengatakan bahawa mereka adalah no.1.

Salah satu cara memilih syarikat unit amanah yang boleh di percayai adalah daripada banyaknya anugerah yang di menangi syarikat tersebut. Di Malaysia anugerah The Edge Lipper adalah anugerah yang di iktiraf untuk syarikat pelaburan.

Anda juga boleh memilih syarikat unit trust melalui tahap kemashurannya. Dengan kata lain syarikat yang lebih di kenali orang ramai kerana berjaya memberikan pulangan yang banyak.

Memilih syarikat unit amanah tidak ubahnya seperti memilih pemaju perumahan untuk membeli sebuah rumah. Jika kita ingin membeli rumah, sudah tentu kita akan memilih pemaju yang terkenal dan sudah terbukti dapat membuat rumah yang berkualiti dan siap tepat pada masa yang telah di tetapkan.

Tidak mungkin kita akan membeli rumah daripada pemaju yang tidak di kenali. Mungkin kita akan berasa sangsi. Begitu juga jika kita ingin melabur dalam unit trust. Pastikan kita melabur dengan syarikat yang kukuh dan telah terbukti dapat memberikan pulangan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...