Wednesday, August 28, 2013

Mengejar Mimpi

The Power Of Dream

Ayat di atas rasanya sudah biasa kita lihat dan baca. Saya pasti jika melihat ayat ini kita terus terbayangkan kereta Honda. The power of dream dengan kata lain kuasa impian.

Setiap manusia mempunyai impian atau pun angan-angan. Pernah tak anda mendengar, jika kita boleh mengimpikannya kita pasti boleh mendapatkannya. Ye, jika kita boleh mengimpikan mempunyai rumah besar, kita pasti boleh mendapatkannya.

Jadi, jangan takut untuk berimpian. Cuba tanya diri kita, apakah impian kita. Pernahkan kita membayangkan seolah-olah impian itu sudah dapat di capai?

Kuasa Impian

Orang tua dulu selalu menyebut jangan berkhayal terlalu tinggi. Nanti kalau jatuh sakit. Ini menjadikan sebahagian anak-anak takut untuk mempunyai impian. Ini berlaku pada suami saya sendiri.

Seperti juga halnya dengan orang tua selalu menyebut, "belajar pandai-pandai. Nanti dah besar boleh kerja kerajaan".

Apabila ayat ini selalu di tanamkan di kepala anak-anak, maka membesarlah anak dengan cita-cita nak kerja kerajaan. Bukan saya kata kerja kerajaan tak bagus. Tapi kalau semua orang nak kerja kerajaan, siapa pula yang nak menjadi peniaga.

Apabila dari kecil sudah tertanam di minda bahawa bila besar nanti nak kerja kerajaan, maka anak tidak terlintas untuk mempunyai mimpi menjadi usahawan berjaya ataupun jutawan muda.


Impian Masa Kecil

Sewaktu kecil saya mempunyai banyak cita-cita. Antara cita-cita saya adalah menjadi cikgu. Bila dah besar cita-cita saya berubah. Saya bercita-cita menjadi business woman. Mungkin disebabkan ayah saya adalah seorang peniaga, maka ianya turut mempengaruhi cita-cita saya.

Berkat impian masa kecil, saya pernah menjadi cikgu. Walaupun hanya cikgu tadika dan cikgu mengaji. :)

Saya juga benar-benar mencapai impian saya menjadi business woman dengan menjadi penjual kuih-muih. Walaupun belum mencapai tahap jutawan, setidaknya saya berjaya mencapai impian masa kecil saya. Inilah impak dari impian masa kecil. Begitu hebatnya kuasa impian.

Kenapa saya belum jadi jutawan?. Ini adalah kesalahan saya. Kerana masa kecil dulu, saya tak pernah bercita-cita menjadi seorang jutawan. Bahkan saya pun tak tau apa makna jutawan. Kasihan sungguh.....

Impian Ketika Dewasa

Setelah dewasa, saya masih meneruskan impian saya. Tetapi kali ini, impian saya berubah. Selepas berjaya menjadi peniaga kuih muih, saya mempunyai impian lain.

Saya berangan, saya nak bekerja yang setiap hari berjumpa orang. Berbual-bual sekejap, kemudian dapat duit. Dengan kata lain, kerja yang cakap-cakap sekejap lepas tu dapat duit.

Saya hanya bermimpi. Saya tidak tahu pun, memang ada kerja yang cakap sekejap lepas tu dapat duit. Maklumlah suri rumah jual kuih, fikiran pun belum terbuka lagi.

Dua tahun selepas saya berimpian, saya benar-benar mencapai impian saya untuk bekerja berjumpa orang, cakap sekejap. Kemudian dapat duit. Rasa macam tak percaya. Rupanya memang ada kerja macam ini. Hahahaha....... Lucu sungguh bila ingat kembali waktu itu.

Ye, saya benar-benar mencapai impian saya. Saya telah menjadi perunding unit amanah. Sebagai seorang perunding unit amanah, kerja saya adalah membuat temujanji dan kemudian bertemu dengan prospek. Seterusnya, menerangkan tentang pelaburan unit amanah. Dan akhir sekali close sale. Itulah impian saya. Jumpa orang, cakap-cakap sekejap kemudian dapat duit.

Memanglah tak terus dapat duit komisyen tapi saya dah tau, berapa duit yang saya akan dapat. Memang seronok.

Masih Berimpian

Memandangkan saya mempunyai sedikit ilmu membuat blog, rasanya tak salah jika saya mempunyai impian untuk menjadi seorang cikgu buat blog.

Dan kini saya berimpian untuk menjadi tenaga pengajar secara online. Saya berangan pada awal bulan puasa. Pertengahan bulan puasa saya berkenalan dengan Puan Zaila Mohamad dan Puan Masayu Ahmad.

Rupanya mereka berdua telah dikirimkan Allah untuk menjadi perantara untuk memudahkan saya mencapai impian saya.

Sekarang saya masih dalam proses saringan untuk menjadi guru online. Semuga Allah memudahkan semua urusan saya.


Jangan Takut

Jadi, kepada pembaca semua jangan takut untuk berimpian. Dari impian akan menjadi kenyataan. Dan ketika mimpi menjadi nyata, ianya sangat indah dan tidak dapat di lafazkan dengan kata-kata.

Kepada para ibu juga, bantulah anak untuk membentuk impian. Bantu mereka membentuk impian yang indah. Impian yang dapat memberikan manfaat kepada orang di sekeliling mereka. Impian yang dapat membantu mereka menjadi jutawan di dunia juga di akhirat.

Tugas kita sebagai ibu adalah menjaga dan memberikan pendidikan yang baik agar mereka mudah mencapai cita-cita mereka. Tidak perlu memaksakan kehendak kita pada anak. Mereka berhak membuat pilihan sendiri.

Kita sebagai ibu harus memastikan mereka berada di landasan yang betul untuk memudahkan mereka menggapai impian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...